BN AKAN MENANG BESAR DI PRU KE 13 NANTI- NOR MOHAMED YAKCOP

GEORGE TOWN 31 Mac - Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop yakin Barisan Nasional (BN) mampu menguasai semula beberapa negeri termasuk Pulau Pinang yang dimenangi pembangkang pada Pilihan Raya Umum Ke-13 ini.
Katanya, keyakinan itu berdasarkan tindak balas positif rakyat terhadap kesemua program transformasi negara selain mereka mula menyedari kesungguhan kerajaan meningkatkan taraf hidup rakyat.

"Kita harap pengundi di Pulau Pinang sudah tahu tentang keikhlasan Kerajaan Pusat. Kita masih meneruskan pelbagai projek pembangunan di negeri ini sungguhpun diperintah pembangkang.

"Kita tidak anaktirikan negeri ini. Kita yakin sebahagian dari penduduk Pulau Pinang mula sedar tentang kelebihan kita mempunyai kerajaan yang sama di peringkat pusat dan negeri... sebab penyelarasan semakin berkesan, lebih mudah melaksanakan dasar-dasar yang baik," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Jom Karnival Belia 2013 di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan pengerusi DAP Kebangsaan Karpal Singh yang mengulangi keyakinannya bahawa pembangkang dapat menawan antara tujuh dan lapan negeri termasuk Negeri Sembilan, Perlis dan Johor pada pilihan raya umum kali ini.

Mengulas kenyataan itu, Nor Mohamed berkata:

"Kita tak boleh halang orang yang ada cita-cita. Tapi dari segi politik yang realistik saya yakin kita (BN) dapat menang, bukan saja Putrajaya malah dapat balik negeri-negeri yang kita kalah pada 2008." - BERNAMA

COMMENTS

Name

Info Teluk Paku,24,Jenayah,2,Nasional,5,Pendidikan & Agama,3,politik,5,Rencana,3,Semasa,8,Sukan,5,Terkini,9,
ltr
item
Saya Anak Teluk Paku: BN AKAN MENANG BESAR DI PRU KE 13 NANTI- NOR MOHAMED YAKCOP
BN AKAN MENANG BESAR DI PRU KE 13 NANTI- NOR MOHAMED YAKCOP
https://encrypted-tbn0.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcRxG0tnLgrK48hCMcGCM2ENMNsdeCCbCtppDg9eqIWz8dIqhISIuQ
Saya Anak Teluk Paku
http://www.telukpaku.net/2013/03/bn-akan-menang-besar-di-pru-ke-13-nanti.html
http://www.telukpaku.net/
http://www.telukpaku.net/
http://www.telukpaku.net/2013/03/bn-akan-menang-besar-di-pru-ke-13-nanti.html
true
7970942025005080881
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy