ISu Kematian Bala !!! Puaka Rosmah, Satu Lagi Fitnah Pakatan Rakyat




Kita tidak boleh menafikan bahawa laman web Suara Pakatan Rakyat adalah satu-satunya laman web pro Pakatan Rakyat yang benar-benar membawa suara hati pemimpin dan penyokong PR secara telus dan lantang.  Contohnya di muka depannya hari ini, laman tersebut tidak segan silu menyatakan apa yang tidak berani dinyatakan secara terbuka oleh kebanyakan penyokong PR, iaitu ‘Kalau Anwar Gay Sekalipun, So What?’ 

Walaupun kita tidak mampu menerima rasional laman tersebut mengenai soal ‘gay’, tetapi kita harus menghormati sikapnya yang tidak hipokrit, berterus-terang dan tidak berbelit-belit dalam memperkatakan pendirian sebenar PR.  Sedangkan Anwar sendiri tidak berani berkata benar mengenai kecenderungannya itu. 

Namun, itu tidak bermakna laman tersebut tidak terkecuali dari bersifat berat sebelah dalam membincangkan isu-isu berbangkit.  Seperti juga semua penyokong dan pemimpin PR, laman tersebut tetap berpegang bahawa apa saja yang buruk yang berlaku di dunia ini adalah salah Barisan Nasional, UMNO, Pemimpinnya, atau pun isteri dan keluarga mereka. 

Ini termasuklah ajal maut manusia, terutama yang mampu menjadi ‘aset’ atau ‘modal’ kepada politik mereka. 

Tidak kira, sama ada yang meninggal dunia itu adalah rakyat biasa, seperti arwah adik Amiruddin yang terbunuh ketika memecut kereta melarikan diri dari pihak polis,  ahli mereka sendiri seperti mendiang Teoh Beng Hock yang  menjadi kunci mendedahkan korupsi pemimpin PR, wira-wira negara yang berjuang dan terkorban di Lahad Datu, atau yang terkini, mendiang Balasubramaniam iaitu seorang bekas polis dan penyiasat persendirian yang terlibat secara langsung dalam kes pembunuhan Altantuya, semuanya diletakkan ‘di atas kepala’ UMNO. 

Menurut laman SuaraPR, kematian Bala yang dilaporkan sebagai sakit jantung perlu dipersoalkan memandangkan ia berlaku tidak lama selepas Bala menjejakkan kaki ke Malaysia. 

Hujah laman tersebut ialah Bala telah lama berada di luar negara dan kenapa hanya setibanya di Malaysia sahaja baru diserang sakit jantung?  Dan sebanyak dua kali pula! 

Malah, laman tersebut secara tidak langsung menuduh kematian Bala adalah kerana disihir oleh Datin Seri Rosmah Mansor.  

Perlu diingatkan bahawa sebelum ini PR menuduh Bala lari keluar negara dengan ditaja oleh Datin Seri Rosmah.  Namun, tindakan Bala terus memburukkan Datin Seri Rosmah selepas itu membuktikan bahawa cerita yang diwar-warkan PR ini tidak benar.  Mana mungkin Bala menghentam orang yang menajanya. 

Apa yang menarik ialah, beberapa hari sebelum kematian Bala,  pemimpin PR, antaranya, Chegubard, telah terlebih dahulu membayangkan Bala disihir, iaitu sejurus selepas Bala mendapat serangan jantung kali pertama.   Kisah tahyul ini dikaitkan pula oleh laman tersebut dengan buku ‘Black Rose’, tulisan Deepak Jaikishan yang menyatakan tentang amalan sihir Datin Seri Rosmah.   Jika benar Datin Seri Rosmah mampu menyihir mereka yang menentangnya sehingga mati, tentu saja Deepak akan terlebih dahulu mati dari Bala!

Inilah bukti nyata kekeliruan PR dan kepercayaan mereka kepada kuasa yang lain dari kuasa Allah SWT dalam menentukan ajal manusia, mahupun takdir seseorang.  Kerana itu, walaupun telah bertahun-tahun bersolat hajat memohon agar kebenaran ditunjukkan, mereka masih enggan menerima kebenaran yang terbentang di dalam mahkamah dan juga di dalam rakaman video mengenai salahlaku Anwar. 

Malah, setelah melihat kebenaran mengenai Anwar tidak menepati citarasa mereka, maka mereka menggandakan usaha memohon dengan sepenuh jiwa raga agar UMNO dan BN dimusnahkan sahaja bagi memudahkan mereka ke Putrajaya. 

Nampaknya, bagi PR, apa saja yang berlaku hari ini bukanlah atas kuasa Allah SWT, tetapi atas kuasa BN, termasuklah ajal maut dan untung nasib seseorang. 

Sehingga satu tahap, hati mereka tertutup sehinggakan kemunduran Kelantan dari segi ekonomi, sosial dan moral, dijulang mereka sebagai Islamik tetapi tidak mampu melihat kemakmuran dan keselesaan hidup di negeri-negeri lain. 

Di mata mereka, Kelantan tetap terbaik hanya kerana Nik Aziz telah memastikan semua wanita menutup aurat, walaupun di masa yang sama negeri itu menjuarai masalah moral yang kronik, dan walaupun berpuluh ribu ekar tanah rakyat Kelantan telah digadai kepada DAP serta walaupun telah lebih 20 tahun masih tidak mampu menangani masalah bekalan air. 

Dan sebaliknya, mereka mengkufuri nikmat menuduh diri sendiri ditindas dan dizalimi oleh rejim BN yang kejam. 

Jelas, PR telah mempersetankan saja ajaran AlQuran agar sentiasa melihat kepada kebaikan terlebih dahulu serta menghargai dan mensyukurinya, sebelum mengira keburukan.  Kerana itu, PR berdegil mempertahankan bahawa keburukan itu baik hanya kerana ia menepati citarasa politik mereka, dan yang baik itu tetap tidak baik sekiranya ia dipersembahkan oleh musuh politik mereka.   

Justeru, bahawa dalam soal menuduh Datin Seri Rosmah sebagai mengamal ilmu hitam, nampaknya pembangkang bukan sahaja telah menabur fitnah, tetapi juga telah melakukan syirik seraya terus menghasut dan memecahbelahkan masyarakat. 

Dan ketahuilah bahawa ketiga-tiganya adalah dosa besar dalam Islam, yakni jauh lebih besar dari masalah aurat yang menjadi kegemaran dan kebanggaan PR terutama puak PAS di Kelantan.    

COMMENTS

Name

Info Teluk Paku,23,Jenayah,2,Nasional,5,Pendidikan & Agama,3,politik,5,Rencana,3,Semasa,8,Sukan,5,Terkini,9,
ltr
item
Saya Anak Teluk Paku: ISu Kematian Bala !!! Puaka Rosmah, Satu Lagi Fitnah Pakatan Rakyat
ISu Kematian Bala !!! Puaka Rosmah, Satu Lagi Fitnah Pakatan Rakyat
http://1.bp.blogspot.com/-K0CuB0fsB28/UUcw2xAeHQI/AAAAAAAAAK4/CgUk2WrY7HI/s400/images+(17).jpg
http://1.bp.blogspot.com/-K0CuB0fsB28/UUcw2xAeHQI/AAAAAAAAAK4/CgUk2WrY7HI/s72-c/images+(17).jpg
Saya Anak Teluk Paku
http://www.telukpaku.net/2013/03/isu-kematian-bala-puaka-rosmah-satu.html
http://www.telukpaku.net/
http://www.telukpaku.net/
http://www.telukpaku.net/2013/03/isu-kematian-bala-puaka-rosmah-satu.html
true
7970942025005080881
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy