KALIMAH ALLAH: HAJI HAD PERLU MOHON MAAF KEPADA UMAT ISLAM


Kita hairan dan tertanya-tanya bagaimana dengan kenyataan Presiden PAS, Dato’ Seri Abdul Hadi Awang yang sebelum ini berkaitan keputusan dan hujahnya membenarkan penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam.
Sehingga sekarang hujah dan kenyataannya belum ditarik balik dan beliau tidak pun memohon maaf atas keterlanjurannya sebelum ini membuat kenyataan yang bertentangan dengan Majlis Syura dan pandangan mufti-mufti .
Haji Hadi dalam sidang akhbar bersama Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang sebelum ini mempertahankan bahawa kalimah Allah boleh digunakan oleh penganut agama lain.

Bahkan sejak Januari 2010 lagi beliau berkata, Islam tidak menghalang penganut agama lain menggunakan kalimah 'Allah' dalam amalan mereka, walaupun tidak mencapai maksud asal bahasa al-Quran.
“Oleh itu penganut Islam berbagai bangsa tetap menyebut perkataan Allah (tanpa terjemahan) apabila menterjemah Al-Quran dalam bahasa masing-masing dan ketika beribadat,” katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Pimpinan Pakatan Rakyat.

Alasan boleh menggunakan kalimah Allah oleh kalangan bukan Islam dengan penjelasannya dan hujahnya bahawa dalam surah Ali-Imran ayat 64:
“Katakanlah (Wahai Muhammad): “Wahai ahli kitab, marilah kepada satu kalimah yang bersamaan antara Kami dengan kamu, iaitu kita semua tidak menyembah melainkan Allah, dan kita tidak sekutukan sengannya sesuatu jua pun; dan jangan pula sebahagian dari kita mengambil akan sebahagian yang lain (Para paderi, sami dan pemimpin ) untuk dijadikan orang-orang yang dipuja dan didewa-dewakan selain dari Allah”.

Kemudian jika mereka (Ahli Kitab itu) berpaling (enggan menerimanya) maka katakanlah kepada mereka: “Saksikanlah kamu bahawa sesungguhnya kami adalah orang-orang Islam.” (Ali-Imran:64)
“Oleh itu penganut Islam berbagai bangsa tetap menyebut perkataan Allah (tanpa terjemahan) apabila menterjemah Al-Quran dalam bahasa masing-masing dan ketika beribadat,” katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Pimpinan Pakatan Rakyat.


Jadi sekarang ini, di manakah Haji Hadi mahu letakkakan hujahnya itu atau lebih baik memohon maaf dan menarik balik semula kenyataan yang dibuat bersama Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang.
Penulis menyarankan supaya Haji Hadi menarik balik semula pendapat, hujahnya berlandaskan al-Quran membenarkan penggunaan nama Allah oleh penganut agama lain!!
Bagaimana pula kedudukan surah Ali-Imran ayat 64 yang menjadi sandaran Haji Hadi sebelum ini membenarkan orang bukan Islam menggunakan nama Allah??
Haji Hadi perlu mengakui dia telah tersalah membuat tafsiran terhadap ayat suci al-Quran itu .

Atau adakah Haji Hadi akan mencari ayat al-Quran surah lain pula untuk menyatakan tidak boleh kembali penganut agama lain menggunakan nama Allah?
Sekarang terbukti, terang lagi bersuluh dengan jelas Haji Hadi sebenarnya mencipta huraian mengenai ayat al-Quran ini untuk membenarkan hujahnya bahawa Islam membenarkan penggunaan nama Allah oleh penganut agama lain dan sekarang bagaimana pula beliau hendak tafsirkan ayat al-Quran untuk mengatakan penganut agama lain tidak boleh pula menggunakan nama Allah, supaya selari dengan keputusan Majlis Syura Pas.

Hujah dan pendapat Haji Hadi bertentangan sama sekali dengan keputusan Majlis Syura Pas.
Majlis Syura Ulama Pas, memutuskan kalimah Allah tidak boleh diterjemahkan ke dalam mana-mana bahasa dunia kerana tidak menepati kehendak sebenar dari kalimah ini.

Demikian juga tidak boleh kalimah asing hendak diterjemahkan kepada kalimah Allah.
"Oleh kerana itu, menterjemah kalimah God atau Lord dari mana-mana kitab agama bukan Islam kepada perkataan Allah tidak dibolehkan kerana ianya salah dari segi makna dan salah guna, tidak menepati kehendak sebenar yang boleh membawa kekeliruan yang nyata.
"Oleh kerana itu ia hendaklah dicegah," kata kenyataan rasmi Majlis Syura Ulamak yang bermesyuarat malam tadi (13 Januari 2013).
Selain pertentangan dengan pendapat Haji Hadi dalam perkara ini, nampak jelas Nik Aziz yang menyokong Haji Hadi dalam isu ini pada sebelum ini menjilat kembali ludahnya.
Nik Aziz sebelum ini menyokong Haji Hadi mengizinkan penggunaan nama Allah oleh bukan Islam berkata:

“Penggunaan kalimah Allah itu mampu merungkai kekeliruan dalam masyarakat Malaysia pada waktu ini.
"Sekarang ni rakyat keliru, Allahpun Tuhan, Nabi Isa pun Tuhan, kubur keramat pun Tuhan, jadi hak mana sebenarnya Tuhan, tapi kalau kita pakai satu nama Allah sahaja, yang mereka tertanya-tanya tu, kita sedia bagi penjelasan yang mana satu Tuhan sebenarnya," ujarnya pada sidang media di Majlis Ramah Mesra Warga Orang Kurang Upaya (OKU) di Perdana Resort 27 Mac 2010.

Turut hadir di majlis waktu itu, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan,Belia, Sukan dan NGO negeri, Abdul Fatah Mahmood dan Pengarah Urusetia, Abdul Aziz Yunus, Setiausaha Sulit khas, Rosdi Abdullah dan Setiausaha Akhbar Menteri Besar, Ustaz Ahmad Fadhli Shaari.

Bahkan Nik Aziz menyokong pendapat Haji Hadi supaya dalam Rukun Negara diubah Tuhan Kepada Allah kerana ia adalah bersamaan.Demikian Pas tidak yang tidak konsisten termasuk dalam hukum-hakam.

Label : Lan Bayu, terengganutoday

COMMENTS

Name

Info Teluk Paku,23,Jenayah,2,Nasional,5,Pendidikan & Agama,3,politik,5,Rencana,3,Semasa,8,Sukan,5,Terkini,9,
ltr
item
Saya Anak Teluk Paku: KALIMAH ALLAH: HAJI HAD PERLU MOHON MAAF KEPADA UMAT ISLAM
KALIMAH ALLAH: HAJI HAD PERLU MOHON MAAF KEPADA UMAT ISLAM
http://3.bp.blogspot.com/-WCzVELbevpI/UU6_qxBoTRI/AAAAAAAAAM4/CjBVHrX22Es/s400/download+%281%29.jpg
http://3.bp.blogspot.com/-WCzVELbevpI/UU6_qxBoTRI/AAAAAAAAAM4/CjBVHrX22Es/s72-c/download+%281%29.jpg
Saya Anak Teluk Paku
http://www.telukpaku.net/2013/03/kalimah-allah-haji-had-perlu-mohon-maaf.html
http://www.telukpaku.net/
http://www.telukpaku.net/
http://www.telukpaku.net/2013/03/kalimah-allah-haji-had-perlu-mohon-maaf.html
true
7970942025005080881
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy