KERINGAT VETERAN ANGKATAN TENTERA DIHARGAI

KUALA LUMPUR - Kerajaan memperluas pemberian Sumbangan Veteran Angkatan Tentera Malaysia Tidak Berpencen 1Malaysia (SVTB1M) kepada balu atau duda veteran tentera sebagai menghargai dan mengenang jasa suami atau isteri mereka.

Bagaimanapun Jabatan Hal Ehwal Veteran Angkatan Tentera Malaysia (JHEV) dalam kenyataan hari ini berkata kelayakan balu atau duda untuk menerima SVTB1M itu masih tertakluk kepada syarat-syarat perkhidmatan yang terpakai ke atas veteran berkenaan.

Pemohon boleh mendapatkan borang pendaftaran SVTB1M di semua pejabat JHEV atau memuat turun borang melalui laman sesawang JHEV www.jhev.gov.my

"Borang itu juga turut diagihkan kepada semua persatuan, pertubuhan dan kelab veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di seluruh negara," menurut kenyataan itu.

Borang berkenaan perlu dikembalikan bersama-sama dokumen yang diperlukan ke pejabat JHEV dengan segera untuk diproses bagi membolehkan jabatan itu melaksanakan pembayaran secepat mungkin.

Pemohon akan dimaklumkan mengenai status permohonan mereka melalui pos dan ia boleh juga disemak melalui laman sesawang JHEV, menurut kenyataan itu lagi.

"Kementerian Pertahanan juga memohon perhatian serta kerjasama semua supaya borang pendaftaran SVTB1M dapat dilengkapkan mengikut tatacara dan panduan yang betul agar pelaksanaan proses pemberian sumbangan ini dapat berjalan dengan
lancar," katanya.

Pada pembentangan Belanjawan 2013 lalu, kerajaan bersetuju memberi sumbangan sebanyak RM1,000 sekali bayar kepada 224,000 veteran ATM tidak berpencen mulai Januari. Permohonan untuk mendapatkannya dibuka sejak November 2012.- Bernama

COMMENTS

Name

Info Teluk Paku,22,Jenayah,2,Nasional,5,Pendidikan & Agama,3,politik,5,Rencana,3,Semasa,8,Sukan,5,Terkini,9,
ltr
item
Saya Anak Teluk Paku: KERINGAT VETERAN ANGKATAN TENTERA DIHARGAI
KERINGAT VETERAN ANGKATAN TENTERA DIHARGAI
http://1.bp.blogspot.com/-SCB6IUK9E9w/UVLFNGXfUoI/AAAAAAAAAOw/ztgI_E15bSg/s400/544238_489222264460669_104107381_n.jpg
http://1.bp.blogspot.com/-SCB6IUK9E9w/UVLFNGXfUoI/AAAAAAAAAOw/ztgI_E15bSg/s72-c/544238_489222264460669_104107381_n.jpg
Saya Anak Teluk Paku
http://www.telukpaku.net/2013/03/keringat-veteran-angkatan-tentera.html
http://www.telukpaku.net/
http://www.telukpaku.net/
http://www.telukpaku.net/2013/03/keringat-veteran-angkatan-tentera.html
true
7970942025005080881
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy