SUDAH TIBA MASANYA UNTUK MENGHANCURKAN LANUN SULU


Operasi Daulat yang sedang berlangsung di Sabah sekarang, mendedahkan beberapa keperluan mendesak yang perlu diberi perhatian kerajaan untuk memantapkan lagi pertahanan Kawasan Keselamatan Khas yang baru ditubuhkan di Sabah. Antara yang dirasakan perlu disegerakan perolehannya ialah helikopter penyerang (attack helicopter).

Keadaan muka bumi negeri Sabah terutama di Lahad Datu yang berbukit bukau, jelas menyukarkan pergerakan kereta perisai Tentera Darat. Rancangan asal untuk menggunakan kenderaan jenis ACV-300 Adnan yang lebih moden, terpaksa dibatalkan kerana masalah berat.

Nasib baik Tentera Darat menangguhkan untuk menamatkan operasi kereta perisai jenis Condor, dapat juga kenderaan tersebut digunakan dalam Operasi Daulat walaupun ia telah berusia melebihi 30 tahun. Maka itu, perolehan helikopter penyerang ini wajar diteruskan semula bagi membantu pergerakkan anggota di darat.

Ramai tidak tahu bahawa ATM pada satu ketika pernah cuba memperolehi sehingga satu skuadron 8 buah helikopter penyerang jenis Rooivalk dari Afrika Selatan pada tahun 1997 untuk melengkapkan skuadron 883 Pasukan Udara Tentera Darat (PUTD).

Pakej perjanjian yang turut merangkumi 2 bateri meriam berat jenis Danel G5 155mm, telah ditandatangani antara 2 kerajaan. Tapi berikutan krisis matawang yang melanda negara pada ketika itu, perolehan helikopter penyerang digugurkan dari pakej yang telah dipersetujui. Hanya perolehan meriam sahaja yang diteruskan.

Sejak itu, pengeluar Rooivalk, Denel berusaha keras untuk memasarkan helikopter tersebut di negara ini melihat kepada penyertaan syarikat tersebut dalam beberapa edisi LIMA. Tapi sejak 2 edisi LIMA yang lepas, Denel sudah berhenti menghantar Rooivalk untuk dipamirkan, mungkin kerana hilang minat, selain tidak ada petunjuk kerajaan Malaysia akan menyambung semula perolehan yang tergendala pada 1997. SETERUSNYA BACA SINI

COMMENTS

Name

Info Teluk Paku,24,Jenayah,2,Nasional,5,Pendidikan & Agama,3,politik,5,Rencana,3,Semasa,8,Sukan,5,Terkini,9,
ltr
item
Saya Anak Teluk Paku: SUDAH TIBA MASANYA UNTUK MENGHANCURKAN LANUN SULU
SUDAH TIBA MASANYA UNTUK MENGHANCURKAN LANUN SULU
http://3.bp.blogspot.com/-x0aWIYOb8S4/UUNemBQfXXI/AAAAAAAAAFI/pTmAAeBNIqU/s400/download+(9).jpg
http://3.bp.blogspot.com/-x0aWIYOb8S4/UUNemBQfXXI/AAAAAAAAAFI/pTmAAeBNIqU/s72-c/download+(9).jpg
Saya Anak Teluk Paku
http://www.telukpaku.net/2013/03/sudah-tiba-masanya-untuk-menghancurkan.html
http://www.telukpaku.net/
http://www.telukpaku.net/
http://www.telukpaku.net/2013/03/sudah-tiba-masanya-untuk-menghancurkan.html
true
7970942025005080881
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy