Terkini !!! Ahli keluarga Jamalil Kiam III di Sabah sudah ditangkap..


Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata anggota keluarga Jamalul Kiram antara 104 orang yang ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).

“Mereka yang ditahan berada di sini dipercayai anggota keluarga (Jamalul) Kiram yang menggunakan nama lain...di sini mereka guna nama lain, di Filipina mereka guna nama lain. Ini kita sedang siasat,” katanya dalam sidang media bersama Panglima Medan Tentera Darat Lt Jen Datuk Seri Zulkiple Kassim di Felda Sahabat 16 di sini, hari ini.

Beliau berkata operasi membanteras pengganas tidak hanya tertumpu kepada keluarga Jamalul Kiram, yang didakwa dalang insiden pencerobohan di Sabah sejak 12 Feb lepas, kerana polis turut menjejaki kaum keluarga anggota militan lain yang dipercayai terlibat insiden pencerobohan itu.

“Kita juga turut menyiasat orang lain yang mempunyai kaitan dengan pengganas di bawah SOSMA,” katanya tanpa memberitahu bila mereka akan didakwa di mahkamah.
Mengenai kematian seorang tahanan di bawah SOSMA di Semporna semalam, beliau berkata individu itu meninggal dunia di hospital akibat sakit dan bukannya membunuh diri seperti yang didakwa sesetengah pihak.
Sehingga kini seramai 104 orang telah ditahan di bawah SOSMA dan 232 lagi ditahan atas pelbagai kesalahan lain.

Dalam pada itu, Hamza berkata keadaan di seluruh Sabah adalah terkawal termasuk di Semporna dan Lahad Datu, kecuali di kawasan operasi di gugusan Tanjung Labian, yang kini dalam proses pembersihan. - Bernama

COMMENTS

Name

Info Teluk Paku,23,Jenayah,2,Nasional,5,Pendidikan & Agama,3,politik,5,Rencana,3,Semasa,8,Sukan,5,Terkini,9,
ltr
item
Saya Anak Teluk Paku: Terkini !!! Ahli keluarga Jamalil Kiam III di Sabah sudah ditangkap..
Terkini !!! Ahli keluarga Jamalil Kiam III di Sabah sudah ditangkap..
http://2.bp.blogspot.com/-TJYJDcG83rU/UUVzdEx778I/AAAAAAAAAIQ/dp20NKKNB08/s400/images+(1).jpg
http://2.bp.blogspot.com/-TJYJDcG83rU/UUVzdEx778I/AAAAAAAAAIQ/dp20NKKNB08/s72-c/images+(1).jpg
Saya Anak Teluk Paku
http://www.telukpaku.net/2013/03/terkini-ahli-keluarga-jamalil-kiam-iii.html
http://www.telukpaku.net/
http://www.telukpaku.net/
http://www.telukpaku.net/2013/03/terkini-ahli-keluarga-jamalil-kiam-iii.html
true
7970942025005080881
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy