TERKINI LAHAD DATU : Lagi 15 mayat Lanun SULU ditemui..


LAHAD DATU 15 Mac - Lebih ramai pengganas Sulu dipercayai terbunuh dalam serangan pertama oleh pasukan keselamatan pada 1 Mac di Kampung Tanduo apabila polis menemukan 15 lagi mayat pengganas di kampung berkenaan hari ini.

Penemuan 15 mayat tersebut menjadikan jumlah pengganas Sulu yang ditembak mati dalam serangan di Kampung Tanduo kini berjumlah 27 orang selepas 12 mayat ditemui dalam satu kubur besar sebelum ini.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib berkata, kesemua mayat berkenaan ditemui dalam tiga kubur yang terletak berhampiran dengan kubur besar tersebut.

"Ini bermakna setakat sekarang, jumlah musuh yang berjaya ditembak mati oleh pasukan keselamatan dalam operasi berjumlah 61 orang," katanya dalam sidang akhbar Ops Daulat di sini hari ini.

Yang turut hadir, Panglima 1 Divisyen, Infantri Tentera Darat, Mejar Jeneral Datuk Mohd. Zaki Mokhtar.

Tambah Hamza, pada masa ini pihak keselamatan masih berada di Kampung Tanduo dan meneruskan usaha mengesan jejak baki musuh yang masih bersembunyi di situ serta mayat musuh yang belum ditemui.

Selain itu, katanya, pihak polis juga sedang berusaha mengeluarkan mayat-mayat musuh yang terbunuh di Kampung Tanjung Batu.

"Kemungkinan besar terdapat 10 lagi mayat yang belum dikeluarkan di Tanjung Batu dan fokus kita kini di Sungai Bilis sahaja.

"Keseluruhannya, setakat ini jumlah musuh yang ditembak mati ialah 61 orang manakala mayat yang dikeluarkan 27 orang, tangkapan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA) 97 orang dan lain-lain tangkapan seramai 233 orang," katanya.

Mengulas mengenai mayat-mayat yang dikeluarkan, Hamza berkata, pihak kerajaan akan menghubungi Filipina sama ada mereka akan mengambil mayat tersebut atau tidak.

Katanya, mayat pengganas yang ditemui akan dikebumikan di negara ini sekiranya pihak berkenaan di Filipina tidak memberi maklum balas dalam masa tiga hari.

Mengenai laporan yang mengatakan pemimpin penceroboh, Raja Muda Azzimudie telah terlepas dari kawasan kepungan, beliau berkata, pihak polis akan menyiasat perkara tersebut.

"Saya tidak dapat mengesahkan tetapi ada maklumat mengatakan dia ada di sini dan ada mengatakan dia telah terlepas. Kita akan menyiasat dan mengesahkan perkara ini," ujarnya. 

BERNAMA


COMMENTS

Name

Info Teluk Paku,24,Jenayah,2,Nasional,5,Pendidikan & Agama,3,politik,5,Rencana,3,Semasa,8,Sukan,5,Terkini,9,
ltr
item
Saya Anak Teluk Paku: TERKINI LAHAD DATU : Lagi 15 mayat Lanun SULU ditemui..
TERKINI LAHAD DATU : Lagi 15 mayat Lanun SULU ditemui..
http://1.bp.blogspot.com/-DrI6VwgQ59s/UUMs19cDFPI/AAAAAAAAADo/-orfBEm3eHQ/s400/download+(3).jpg
http://1.bp.blogspot.com/-DrI6VwgQ59s/UUMs19cDFPI/AAAAAAAAADo/-orfBEm3eHQ/s72-c/download+(3).jpg
Saya Anak Teluk Paku
http://www.telukpaku.net/2013/03/terkini-lahad-datu-lagi-15-mayat-lanun.html
http://www.telukpaku.net/
http://www.telukpaku.net/
http://www.telukpaku.net/2013/03/terkini-lahad-datu-lagi-15-mayat-lanun.html
true
7970942025005080881
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy