TERKINI : MENTERI BESAR SELANGOR DI SAMAN 5 BILLION


KUALA LUMPUR 21 Mac - Dua syarikat pemaju hartanah telah memfailkan saman terhadap kerajaan negeri Selangor dan enam lagi termasuk Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk menuntut ganti rugi berjumlah RM5 bilion.

Saman tersebut difailkan oleh LBCN Development Sdn. Bhd. dan Mujur Zaman Sdn. Bhd. pada 21 Februari lalu di Mahkamah Tinggi di sini atas dakwaan tanah yang diberikan kepada mereka telah dirampas.

Menurut syarikat itu, mereka telah memajukan tanah tersebut untuk pembangunan bersepadu di kawasan revolusi hujan Bukit Cerakah, peringkat 1 di Mukim Ijok.

Kedua-dua syarikat tersebut menamakan Pengarah Tanah dan Galian Selangor, Pendaftar Hak Milik Negeri Selangor, Pentadbir Tanah Kuala Selangor, Menteri Besar dan Abdul Khalid atas kapasiti peribadinya, kerajaan negeri Selangor serta MB Selangor (Pemerbadanan) masing-masing sebagai defendan pertama hingga ketujuh.

Menurut pernyataan tuntutan, selain ganti rugi, kedua-dua syarikat itu selaku pihak plaintif menuntut satu perisytiharan, keputusan Pentadbir Tanah Kuala Selangor untuk pengambilan tanah pada 2011 dan 2012 adalah tidak sah, terbatal dan tiada kesan di sisi undang-undang.

Pihak plaintif juga menuntut perisytiharan keputusan-keputusan yang dibuat untuk pengambilan balik tanah di Mukim Ijok bertarikh 17 Disember 2009 adalah tidak sah.

Peguam Azad Bashir yang mewakili pihak plaintif memberitahu pemberita, Hakim Rosilah Yop pada pengurusan kes saman itu di kamar beliau hari ini, mengarahkan pihak defendan memfailkan pernyataan pembelaan masing-masing sebelum 5 April ini.



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20130322/ma_05/MB-Selangor-disaman-RM5b#ixzz2OcKwTPjz
© Utusan Melayu (M) Bhd

COMMENTS

Name

Info Teluk Paku,23,Jenayah,2,Nasional,5,Pendidikan & Agama,3,politik,5,Rencana,3,Semasa,8,Sukan,5,Terkini,9,
ltr
item
Saya Anak Teluk Paku: TERKINI : MENTERI BESAR SELANGOR DI SAMAN 5 BILLION
TERKINI : MENTERI BESAR SELANGOR DI SAMAN 5 BILLION
https://encrypted-tbn0.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcRbNi0dxfFAJ_uPKbJEfFE3SIeSuqD1EXpe3Qi8Lpx1lPnuo64r6w
Saya Anak Teluk Paku
http://www.telukpaku.net/2013/03/terkini-menteri-besar-selangor-di-saman.html
http://www.telukpaku.net/
http://www.telukpaku.net/
http://www.telukpaku.net/2013/03/terkini-menteri-besar-selangor-di-saman.html
true
7970942025005080881
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy