Yayasan Terengganu Tawar diskaun 20% bayaran balik pinjaman Pelajaran


KUALA TERENGGANU - Lebih 3,000 peminjam Yayasan Terengganu (YT) berpeluang menikmati insentif berupa diskaun pembayaran balik pinjaman mereka sehingga 20 peratus bermula 1 April sehingga 31 Disember ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said berkata, melalui insentif pertama, diskaun sebanyak 20 peratus akan diberikan kepada peminjam yang menyelesaikan bayaran balik pinjaman sekali gus dalam tempoh yang ditetapkan itu.

Bagi insentif kedua katanya, mana-mana peminjam yang membayar pinjaman secara konsisten selama 12 bulan berturut-turut atau 12 bulan ke hadapan mulai tarikh dikuatkuasa, mereka ditawarkan diskaun 10 peratus.

"Insentif ini diberi bagi memudahkan para peminjam untuk melunaskan hutang mereka seperti mana yang telah dimulakan kerajaan Pusat melalui Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sebelum ini.

"Kita harap langkah ini dapat menggalakkan peminjam tidak kira peringkat atau kursus pengajian apa sekali pun termasuk pinjaman pendahuluan serta kos guaman membayar semula pinjaman," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco di Wisma Darul Iman di sini hari ini.

Menurut beliau, insentif diskaun 10 peratus membabitkan Pinjaman Sultan Nasiruddin Shah sahaja tanpa mengira bidang kursus atau peringkat pengajian serta turut layak kepada peminjam yang mempunyai lebih daripada satu pinjaman manakala bayaran perlu mengikut kadar yang ditetapkan atau boleh membayar lebih.

Bagi insentif 20 peratus pula katanya, peminjam perlu mendapatkan pengesahan baki sebenar hutang daripada pihak YT sebelum membuat pembayaran dan diskaun akan dibuat atas jumlah baki pinjaman semasa ketika penyelesaian bayaran balik pinjaman dilakukan.

Mengulas lanjut, beliau berkata, insentif diskaun tersebut turut diberikan kepada peminjam yang telah disenarai hitam.

"Pembayaran boleh dibuat melalui semua saluran bayaran yang telah ditetapkan sama ada melalui cek, kiriman pos, draf bank atau secara atas talian melibatkan beberapa buah bank," jelasnya.

Sementara itu, beliau turut memaklumkan, peminjam yang masih gagal melunaskan hutang mereka akan dihantar notis pemberitahuan sebelum tindakan undang-undang dikenakan.

 

COMMENTS

Name

Info Teluk Paku,22,Jenayah,2,Nasional,5,Pendidikan & Agama,3,politik,5,Rencana,3,Semasa,8,Sukan,5,Terkini,9,
ltr
item
Saya Anak Teluk Paku: Yayasan Terengganu Tawar diskaun 20% bayaran balik pinjaman Pelajaran
Yayasan Terengganu Tawar diskaun 20% bayaran balik pinjaman Pelajaran
http://3.bp.blogspot.com/-St3kkaWYpYc/UUP5foksrLI/AAAAAAAAAGc/Kgo1J_Jusw4/s400/mat+id.jpg
http://3.bp.blogspot.com/-St3kkaWYpYc/UUP5foksrLI/AAAAAAAAAGc/Kgo1J_Jusw4/s72-c/mat+id.jpg
Saya Anak Teluk Paku
http://www.telukpaku.net/2013/03/yayasan-terengganu-tawar-diskaun-20.html
http://www.telukpaku.net/
http://www.telukpaku.net/
http://www.telukpaku.net/2013/03/yayasan-terengganu-tawar-diskaun-20.html
true
7970942025005080881
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy