BEKAS PEGAWAI TINGGI KERAJAAN BOLEH DIKENAKAN AKTA RAHSIA RASMI - MUSA HASSAN

Bekas pegawai tinggi kerajaan yang bersetuju untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) mungkin masih ingin berkuasa seperti semasa masih berkhidmat dulu.

Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berpandangan, mereka tidak dapat melupakan kuasa yang dipegang sebelum ini, membuatkan mereka bersetuju menerima tawaran daripada parti politik.
Bagaimanapun ujar beliau, mereka ini berisiko untuk dikenakan tindakan di bawah Akta Rahsia Rasmi jika tidak berhati-hati apabila mengeluarkan kenyataan.

"Sebenarnya apabila telah bersara, mereka menjadi seorang yang bebas dan boleh buat keputusan untuk menceburi bidang politik. Tidak ada undang-undang yang boleh menghalang.

"Mereka juga boleh memberikan pendapat yang bertujuan untuk memperbetulkan keadaan. Bagaimanapun mereka tidak boleh mendedahkan rahsia kerajaan walaupun telah bersara kerana terikat di bawah Akta Rahsia Rasmi...mereka tahu itu.

"Jika mereka melanggarnya (Akta Rahsia Rasmi) dan diambil tindakan, mereka tidak boleh marah dan salahkan pihak berkuasa," kata beliau.

Musa berkata demikian ketika ditemui selepas menjadi ahli panel 'Forum Umum Lahad Datu' anjuran Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Anggerik di Seksyen 18 di sini malam ini.

Penyelaras Barisan Nasional (BN) DUN Kota Anggerik, Kamaruddin Ahmad bertindak sebagai moderator forum tersebut. Penasihat Gabungan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS), Mohd. Khairi Hussin turut menjadi panel selain Musa.

Ketika ditanya adakah beliau pernah ditawarkan untuk menyertai mana-mana parti politik sebelum ini, Musa memberitahu, wakil parti politik pernah menemui beliau dua bulan lalu untuk tujuan itu.
Menurutnya, beliau bagaimanapun telah menolak tawaran itu kerana tidak berminat.
"Saya lebih senang membantu aktiviti pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan baru-baru ini saya telah dilantik sebagai patron My Watch," katanya. - UTUSAN ONLINE

COMMENTS

Name

Info Teluk Paku,24,Jenayah,2,Nasional,5,Pendidikan & Agama,3,politik,5,Rencana,3,Semasa,8,Sukan,5,Terkini,9,
ltr
item
Saya Anak Teluk Paku: BEKAS PEGAWAI TINGGI KERAJAAN BOLEH DIKENAKAN AKTA RAHSIA RASMI - MUSA HASSAN
BEKAS PEGAWAI TINGGI KERAJAAN BOLEH DIKENAKAN AKTA RAHSIA RASMI - MUSA HASSAN
http://3.bp.blogspot.com/-vAo1I6XEZaE/UWjKF_Z7YwI/AAAAAAAAATc/64klLqRaQNo/s1600/index.jpg
http://3.bp.blogspot.com/-vAo1I6XEZaE/UWjKF_Z7YwI/AAAAAAAAATc/64klLqRaQNo/s72-c/index.jpg
Saya Anak Teluk Paku
http://www.telukpaku.net/2013/04/bekas-pegawai-tinggi-kerajaan-boleh.html
http://www.telukpaku.net/
http://www.telukpaku.net/
http://www.telukpaku.net/2013/04/bekas-pegawai-tinggi-kerajaan-boleh.html
true
7970942025005080881
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy