SEMUA CALON YANG BERTANDING ATAS TIKET BARISAN NASIONAL AKAN DIUMUMKAN OLEH PENGERUSI BN NEGERI HARI INI - DS NAJIB RAZAK


Datuk Seri Najib Tun Razak akan menyerahkan surat tauliah pemilihan calon Barisan Nasional (BN) kepada pengerusi-pengerusi negeri di ibu negara pagi esok, sekali gus mengakhiri spekulasi mengenai barisan yang akan mewakili perikatan itu kali ini.
Perkara itu disahkan oleh Pengerusi Biro Publisiti dan Penerangan BN, Datuk Ahmad Maslan ketika dihubungi Sinar Harian Online petang ini.
Surat jemputan liputan yang dikeluarkan juga mengesahkan  Majlis Penyerahan Surat Tauliah BN akan diadakan esok. Ia akan berlangsung di Menara Dato' Onn jam 11 pagi.
Sinar Harian Online difahamkan Najib, selaku Pengerusi BN dan Presiden Umno, akan meneruskan tradisi di mana pengumuman calon akan dibuat oleh pengerusi negeri masing-masing.
Ahmad berkata, pemimpin BN setiap negeri akan menghadiri pertemuan esok, yang dijangka akan turut disertai pemimpin parti komponen perikatan itu.
"Calon boleh menang yang terbaik terpilih," kata Ahmad yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Ketua Penerangan Umno ketika mengulas soalan mengenai surat jemputan media yang telah dikeluarkan oleh Setiausaha Kerja BN.
Beberapa calon berpotensi yang dihubungi Sinar Harian Online berkata pihaknya tidak menerima sebarang panggilan setakat 6 petang tadi.
"Kemungkinan pagi esok akan dihubungi jika terpilih sebagai calon," kata seorang pemimpin tertinggi parti komponen BN.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) juga telah menetapkan 20 April ini sebagai hari penamaan calon manakala 5 Mei sebagai hari mengundi.
Sebanyak 222 kerusi Parlimen dan 505 kerusi Dun menjadi rebutan pilihan raya umum kali ini.
Sementara dipetik Bernama, Ahmad berkata, pengerusi BN negeri akan pulang ke negeri masing-masing untuk mengumumkan calon-calon PRU13 BN bagi kerusi Dun dan Parlimen.
"Kebanyakan negeri dijangka membuat pengumuman esok dan Selasa ini, dan itu semua terpulang kepada mereka (pengerusi-pengerusi negeri)," katanya.
Parti-parti komponen Pakatan Rakyat, yang dijangka akan memberi saingan sengit kepada BN kali ini sudah mengumumkan senarai calon berperingkat-peringkat sejak seminggu lalu.
Najib yang menerajui BN sejak April 2009 dilihat mengambil pendekatan mengumumkan calon seminggu sebelum penamaan calon bagi membolehkan rakyat menerima dan pada masa yang sama mengelakkan unsur sabotaj.
Sementara itu di KOTA BHARU, Pengerusi BN Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, pengumuman calon BN negeri itu akan diumumkan selepas mendapat lampu hijau daripada Najib.
"Kemungkinan esok muktamad (senarai calon)," katanya pada sidang akhbar di Pusat Media BN Kelantan di sini hari ini.
Beliau berkata BN Kelantan telah mengemukakan cadangan calon yang terdiri daripada muka lama dan baharu, tokoh agama, Pemuda dan Wanita, dan senarai itu telah mendapat pandangan daripada semua pihak, termasuk perbincangan dengan ketua-ketua Umno bahagian masing-masing.
Beliau berharap mereka yang tidak dicalonkan, tidak merajuk dan mengkhianati parti itu seperti mensabotajnya dengan "cah keting."
"Kalau merajuk sekali pun fikirlah yang kita perlu kembali untuk bekerja demi untuk merampas Kelantan daripada Pas dan untuk masa depan rakyat yang perlukan pembelaan kita," katanya.
Sementara itu, BN Johor dan Kedah dijangka mengumumkan calon negeri masing-masing pada pagi Selasa, kata jurucakap BN di kedua-dua negeri terbabit.
Di SHAH ALAM, Timbalan Pengerusinya Datuk Seri Noh Omar berkata BN negeri itu akan menampilkan beberapa muka baru yang terdiri daripada golongan profesional, guru dan wakil badan bukan kerajaan, terutama untuk kerusi Dun yang BN tewas pada PRU lepas.
Bercakap kepada pemberita selepas menghadiri majlis Mesra Komuniti Usahawan Selangor anjuran Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (Tekun) Nasional di sini, beliau berkata, BN Selangor telah meminta Najib, yang juga Pengerusi BN negeri itu, mengumumkan dan menyampaikan sendiri surat tauliah kepada calon negeri itu.
Pada pilihan raya umum 2008, BN memenangi 140 kerusi Parlimen dan 307 kerusi Dun.

COMMENTS

Name

Info Teluk Paku,23,Jenayah,2,Nasional,5,Pendidikan & Agama,3,politik,5,Rencana,3,Semasa,8,Sukan,5,Terkini,9,
ltr
item
Saya Anak Teluk Paku: SEMUA CALON YANG BERTANDING ATAS TIKET BARISAN NASIONAL AKAN DIUMUMKAN OLEH PENGERUSI BN NEGERI HARI INI - DS NAJIB RAZAK
SEMUA CALON YANG BERTANDING ATAS TIKET BARISAN NASIONAL AKAN DIUMUMKAN OLEH PENGERUSI BN NEGERI HARI INI - DS NAJIB RAZAK
http://3.bp.blogspot.com/-5IyJppPSpQM/UWtKVinJ8GI/AAAAAAAAAT8/_-KMHZWhdLg/s1600/images+(23).jpg
http://3.bp.blogspot.com/-5IyJppPSpQM/UWtKVinJ8GI/AAAAAAAAAT8/_-KMHZWhdLg/s72-c/images+(23).jpg
Saya Anak Teluk Paku
http://www.telukpaku.net/2013/04/semua-calon-yang-bertanding-atas-tiket.html
http://www.telukpaku.net/
http://www.telukpaku.net/
http://www.telukpaku.net/2013/04/semua-calon-yang-bertanding-atas-tiket.html
true
7970942025005080881
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy