ISU PASAR PAYANG TELAH DIPUTAR ALAMKAN OLEH RAJA BAHRIN?? DOK LEH PROJEK LAH TU!!!!


Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said menasihatkan para peniaga di pasar Kedai Payang tidak terpengaruh dengan dakyah pihak pembangkang yang menggambarkan seolah-olah mereka akan terpinggir bila pasar baru itu dibina nanti.

“Bukankah kerajaan telah member i jaminan bahawa para peniaga di situ termasuk yang berniaga ikan dan sayur boleh meneruskan perniagaan mereka dengan lebih selesa dan bersih,” katanya sewaktu menjadi tetamu Radio Terengganu (Terengganu FM) hari ini (23 Jun 13).

“Saya sendiri telah menemui Persatuan Penjaja dan menjelaskan perkara itu dan permintaan mereka untuk memastikan pasar basah tetap boleh berroperasi di situ pun saya telah persetujui,” jelasnya.

Oleh kerana itulah, saya telah memaklumkan kepada pihak pemaju untuk mengubahsuai semua pelan bangunan pasar itu bagi memenuhi permintaan peniaga ikan dan sayur di pasar itu.

Katanya, tanah seluas kira-kira hanya 4 ekar di situ telah kita berikan kepada pemaju untuk membangunkan hotel bertaraf lima bintang (500 bilik) di dalam bandar serta apartment dan pembinaan pasar baru Kedai Payang yang lebih sempurna, termasuk 400 lot tempat letak kereta, lot kedai yang lebih luas, ciri-ciri keselamatan yang terb aik untuk kedai emas khususnya, kebersihan dan pengasingan pasar basah dengan kedai barangan kain, songket, tembaga dan lain-lain agar tidak mengeluarkan bau yang mencemarkan.

Jadi katanya, kerajaan dapat menjimatkan wang dengan memajukan secara berkenaan dan adalah tidak benar dan suatu fitnah yang mengatakankerajaan negeri mengeluarkan kontrak bernilai RM400 juta dikeluarkan untuk kontraktor luar Terengganu membangunkan pasar itu.

Malahan, katanya lot kedai yang lebih banyak diwujudkan, berhawa dingin dan tangga bergerak akan menaikkan lagi taraf Pasar Kedai Payang sesuai dengan masa dan zaman ini.

“Saya mendapat sunggutan dari pelancong dan pelanggan di pasar berkenaan yang rimas dan panas waktu membeli belah, berpeluh-peluh dan amat tidak selesa, jadi sebagai pihak kerajaan semua perkara itu perlu diberi perhatian, “ katanya.

Beliau menyatakan, sewa yang dikenakan tidaklah membebankan para peniaga walaupun disediakan hawa dingin dan keselesaan.

Penulis difahamkan, pembangkang sering menakut-nakutka
n peniaga kononnya sewanya beribu-ribu bila berhawa dingin menyebabkan peniaga bimbang dan cemas.

Pembangkang juga menakut-nakutkan kononnya peniaga yang sedia ada tidak berpeluang lagi berniaga membuatkan peniaga yang sedia ada terlalu bimbang kehilangan tempat berniaga di situ.

Menteri Besar berkata, pihaknya akan mempastikan tiap peniaga dapat satu lot perniagaan sahaja dan tidak boleh bertindak menjual harta milik kerajaan itu atau disewakan pula kepada orang lain dan sebagainya yang banyak berlaku.

Katanya, pembinaan akan dibuat secepat mungkin dan sebuah pasar sementara untuk penempatan menunggu pasar baru siap akan dibina oleh pemaju di Pulau Warisan, tidak jauh dari tempat itu. 

SUMBER

Mengenai tohmohan bahawa, pembinaan pasar baru itu akan menghapuskan warisan, Dato’ Seri Ahmad menjelaskan pasar itu dibina tahun 1967, asal pasar Kedai Payang ialah di Kampung Tanjung sebenarnya.

Jadi tidak timbul soal warisan kerana perpindahan dan pembinaan semula pasar dari Kampung Tanjung ke situ pun merupakan suatu transformasi di zaman dahulu dan selepas itu pada tahun 1983 pun pasar itu dibina semula bangunannya.

“Pasar itu telah melalui berbagai proses perpindahan dan pembinaan semula beberapa kali, jadi tidaklah bermakna bila kita bina semula ini baru hendak dibangkitkan soal warisan sedangkan terdahulu perkara yang sama dilakukan,” tegasnya.

Bahkan beliau berjanji pasar itu akan dibina mengikut senibina warisan , bahkan akan dimasukkan juga ‘Jam Besar’ sebagai sebahagian pasar berkenaan sebagaimana tahun 1967 dan disambungkan melalui jejambat ke pasar Bazar Warisan di kaki Bukit Puteri.

COMMENTS

Name

Info Teluk Paku,23,Jenayah,2,Nasional,5,Pendidikan & Agama,3,politik,5,Rencana,3,Semasa,8,Sukan,5,Terkini,9,
ltr
item
Saya Anak Teluk Paku: ISU PASAR PAYANG TELAH DIPUTAR ALAMKAN OLEH RAJA BAHRIN?? DOK LEH PROJEK LAH TU!!!!
ISU PASAR PAYANG TELAH DIPUTAR ALAMKAN OLEH RAJA BAHRIN?? DOK LEH PROJEK LAH TU!!!!
http://2.bp.blogspot.com/-4MWyvYfAbTY/UcpK5YJWTqI/AAAAAAAAAYY/D4xeBrFzcSc/s640/01+AA+PAYANG.jpg
http://2.bp.blogspot.com/-4MWyvYfAbTY/UcpK5YJWTqI/AAAAAAAAAYY/D4xeBrFzcSc/s72-c/01+AA+PAYANG.jpg
Saya Anak Teluk Paku
http://www.telukpaku.net/2013/06/isu-pasar-payang-telah-diputar-alamkan.html
http://www.telukpaku.net/
http://www.telukpaku.net/
http://www.telukpaku.net/2013/06/isu-pasar-payang-telah-diputar-alamkan.html
true
7970942025005080881
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy