JEREBU DI TERENGGANU MASIH TERKAWAL, JIKA SEMAKIN TERUK TUNGGU SAHAJA ARAHAN DARI PIHAK BERWAJIB.

Menteri Besar Terengganu Dato’ Seri Haji Ahmad Said berkata, kerajaan negeri akan mengikut pemantauan yang selaras dengan kementerian di peringkat pusat dalam menangani masalah jerebu.

Katanya, apa juga arahan dari pihak kerajaan pusat kepada kerajaan negeri berkaitan masalah ini akan kita patuhi dan laksanakan, sama ada membabitkan penutupan premis dan apa jua pengisytiharan berkaitan.

“Kita akan ikut standard yang ditetapkan serta arahan-arahan berkaitan dengannya dari pihak kerajaan pusat,” katanya kepada pemberita selepas menjadi tetamu Radio Terengganu (TFM) di RTM Terengganu tengahari ini.

Dato’ Seri Haji Ahmad juga turut meninjau keadaan jerebu di sekitar bandar Kuala Terengganu dari atas Bukit Pak Apil, bersebelahan bangunan RTM Terengganu.

Jerebu merupakan fenomena atmosfera yang berlaku apabila debu, asap dan zarah pencemaran lain mengaburi kejelasan langit. Fenomena ini biasanya terjadi jika zarah, debu dan asap berkumpul pada hari yang kering.

Zarah-zarah kecil ini berkumpul di parasrendah atmosfera dan akan mengaburi pandangan dan mungkin menyebabkan masalah pernafasan. Jerebu tebal juga dikenali sebagai asbut.

Antara sumber utama jerebu ialah kebakaran hutan, kebakaran gambut, pembakaran terbuka serta asap perindustrian dan kenderaan.

Dilihat dari jauh (seperi dari kapal terbang), jerebu biasanya kelihatan sedikit keperangan. Namun dari dekat, ia berwarna putih seperti asap.

Ia boleh mendatangkan gejala penyakit batuk-batuk, gatal kulit dan menganggu kesihatan mata dan hidung.Difahamkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di sekitar Kuala Terengganu mencapai paras 350 yang agak merbahyakan kesihatan.

Orang ramai diminta lebih berhati-hati dalam menangani masalah jerebu untuk menjaga kesihatan diri dan keluarga masing-masing.
 SUMBER

COMMENTS

Name

Info Teluk Paku,23,Jenayah,2,Nasional,5,Pendidikan & Agama,3,politik,5,Rencana,3,Semasa,8,Sukan,5,Terkini,9,
ltr
item
Saya Anak Teluk Paku: JEREBU DI TERENGGANU MASIH TERKAWAL, JIKA SEMAKIN TERUK TUNGGU SAHAJA ARAHAN DARI PIHAK BERWAJIB.
JEREBU DI TERENGGANU MASIH TERKAWAL, JIKA SEMAKIN TERUK TUNGGU SAHAJA ARAHAN DARI PIHAK BERWAJIB.
http://3.bp.blogspot.com/-tEHyMmmG1Bk/Ucafn4KY5iI/AAAAAAAAAX8/UosgUSdMPEQ/s320/mb.jpg
http://3.bp.blogspot.com/-tEHyMmmG1Bk/Ucafn4KY5iI/AAAAAAAAAX8/UosgUSdMPEQ/s72-c/mb.jpg
Saya Anak Teluk Paku
http://www.telukpaku.net/2013/06/jerebu-di-terengganu-masih-terkawal.html
http://www.telukpaku.net/
http://www.telukpaku.net/
http://www.telukpaku.net/2013/06/jerebu-di-terengganu-masih-terkawal.html
true
7970942025005080881
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy