POLIS Temui BOM Buatan Sendiri Untuk Tujuan Malam Nanti ??

SHAH ALAM: Polis Selangor hari ini mengesahkan penemuan satu bom buatan sendiri daripada seorang lelaki yang ditahan di Tasik Permai, dekat Ampang, pagi Ahad lalu.

Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Abd Rahim Jaafar, berkata bom itu ditemui ketika anggotanya memeriksa lelaki terbabit yang dilihat dalam keadaan mencurigakan, kira-kira jam 10.30 pagi.
"Sebelum ditahan, suspek lelaki berusia 46 tahun itu dilihat mencurigakan dan tidak berhenti ketika diminta berbuat demikian oleh anggota polis yang sedang membuat rondaan di kawasan itu.

"Polis merampas satu objek jenis paip PVC dan mempunyai sumbu bersama mercun botol disyaki bahan letupan buatan sendiri serta dua telefon bimbit milik suspek," katanya pada sidang media di sini, sebentar tadi.

Dalam satu kes berasingan, polis Selangor turut merampas 56 helai baju T yang mempunyai unsur hasutan dalam satu serbuan di Seri Kembangan, awal pagi semalam.

Sehubungan dengan rampasan itu, polis turut menahan seorang lelaki berusia 37 tahun, sebelum melepaskan lelaki yang bekerja sendiri itu selepas keterangannya dirakamkan.

Bagi kes pertama, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957 manakala bagi kes kedua, kes disiasat mengikut Seksyen 124C Kanun Keseksaan. - BH

COMMENTS

Name

Info Teluk Paku,22,Jenayah,2,Nasional,5,Pendidikan & Agama,3,politik,5,Rencana,3,Semasa,8,Sukan,5,Terkini,9,
ltr
item
Saya Anak Teluk Paku: POLIS Temui BOM Buatan Sendiri Untuk Tujuan Malam Nanti ??
POLIS Temui BOM Buatan Sendiri Untuk Tujuan Malam Nanti ??
http://2.bp.blogspot.com/-_XB_K5i8Sao/UsJ6R2TU9KI/AAAAAAAAAn0/Lj5ixCDcH7g/s320/IMG-20131231-WA0049.jpg
http://2.bp.blogspot.com/-_XB_K5i8Sao/UsJ6R2TU9KI/AAAAAAAAAn0/Lj5ixCDcH7g/s72-c/IMG-20131231-WA0049.jpg
Saya Anak Teluk Paku
http://www.telukpaku.net/2013/12/polis-temui-bom-buatan-sendiri-untuk.html
http://www.telukpaku.net/
http://www.telukpaku.net/
http://www.telukpaku.net/2013/12/polis-temui-bom-buatan-sendiri-untuk.html
true
7970942025005080881
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy