POLIS SIASAT PEMBERONTAK MENGGANGU SAMBUTAN AMBANG MERDEKA & KES CABUL DI DATARAN MERDEKA??

KUALA LUMPUR - Polis akan mengumpul bukti dan keterangan saksi berhubung perhimpunan yang mengganggu sambutan ambang tahun baharu 2014 di Dataran Merdeka di sini, malam tadi.

Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Polis Bukit Aman, Datuk Seri Salleh Mat Rashid ketika ditemui Bernama berkata, sehubungan itu beliau menyeru semua pihak yang terlibat untuk tampil ke hadapan membuat laporan polis.

"Kita akan mengambil tindakan mengikut lunas perundangan dan sekarang bukti dan keterangan sedang dikumpul untuk disiasat mengikut Akta Perhimpunan Aman 2012," katanya.

Pada 11.30 malam tadi, perhimpunan itu, yang dihadiri 4,000 peserta, bertukar ganas dan merencatkan konsert Ambang Tahun Baharu anjuran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang terpaksa dihentikan setengah jam sebelum detik jam 12 malam.

Akibat tindakan agresif peserta perhimpunan itu, tiga anggota polis tercedera dan polis turut menemui empat parang dan tiga pisau di dalam sebuah longkang di Kompleks Dayabumi, yang terletak tidak jauh dari kawasan perhimpunan itu.

Polis sebelum ini menamakan empat NGO sebagai terlibat dalam penganjuran perhimpunan berkenaan iaitu Gerakan Turun Kos Sara Hidup (Turun), Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Jingga 13 dan Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM).

Pada 24 Disember lalu polis telah menahan Pengerusi Turun, Mohd Azan Safar, 24, mengikut Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman 2012, dan Seksyen 124 (B) Kanun Keseksaan kerana menghasut selain cuba menggulingkan kerajaan tanpa mengikut sistem demokrasi.

Salleh berkata polis akan mengambil tindakan terhadap penganjur perhimpunan tersebut kerana polis telah menerima sebanyak 1,936 laporan polis daripada NGO dan individu yang membantah perhimpunan itu daripada diadakan.

"Ini menunjukkan majoriti daripada 28 juta rakyat di negara tidak suka kepada perhimpunan seperti itu kerana mereka yakin dengan sistem demokrasi di negara ini.

"Rakyat tahu banyak cara betul untuk salurkan masalah-masalah mereka termasuk meminta wakil rakyat menyuarakan masalah di Parlimen dan perhimpunan seperti itu bukan jalan penyelesaiannya," katanya.

Salleh turut memuji  polis telah menjalankan tugas secara profesional malam tadi dalam mengawal situasi tersebut. - Bernama

COMMENTS

Name

Info Teluk Paku,22,Jenayah,2,Nasional,5,Pendidikan & Agama,3,politik,5,Rencana,3,Semasa,8,Sukan,5,Terkini,9,
ltr
item
Saya Anak Teluk Paku: POLIS SIASAT PEMBERONTAK MENGGANGU SAMBUTAN AMBANG MERDEKA & KES CABUL DI DATARAN MERDEKA??
POLIS SIASAT PEMBERONTAK MENGGANGU SAMBUTAN AMBANG MERDEKA & KES CABUL DI DATARAN MERDEKA??
http://3.bp.blogspot.com/-wDe2lhsZ34E/UsO6ZFyiesI/AAAAAAAAAoQ/b74D2fNaz1Q/s320/image.jpg
http://3.bp.blogspot.com/-wDe2lhsZ34E/UsO6ZFyiesI/AAAAAAAAAoQ/b74D2fNaz1Q/s72-c/image.jpg
Saya Anak Teluk Paku
http://www.telukpaku.net/2014/01/polis-siasat-pemberontak-menggangu.html
http://www.telukpaku.net/
http://www.telukpaku.net/
http://www.telukpaku.net/2014/01/polis-siasat-pemberontak-menggangu.html
true
7970942025005080881
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy