::: Teh O 30 sen secawan ! Tahniah Mak Cik Sinah ::: Kedai di Kampung Losong Atap Zink



“Saya berniaga bukan mencari keuntungan saja sebaliknya keberkatan. Biarlah untung hanya 10 sen, yang penting ia berkat,” kata Sinah Sulaiman, 64, pemilik sebuah kedai di Kampung Losong Atap Zin, Kuala Terengganu.

Itu jawapan diberikan Sinah ketika ditanya sama ada dia memperoleh keuntungan apabila menawarkan harga makanan dan minuman lebih murah berbanding kedai lain di negeri ini walaupun ketika ini orang ramai mengeluh dengan kenaikan harga barang.

Kedai Sinah berhampiran Muzium Negeri yang menyediakan minuman serendah 30 sen, sentiasa sesak dan menjadi pilihan pelanggan sama ada penduduk kampung atau pelancong.

Menurut ibu tunggal kepada lima anak itu, dia tidak begitu memikirkan keuntungan memandangkan kebanyakan pelanggannya penduduk kampung yang berpendapatan sederhana dan bekerja sendiri.

“Walaupun kedudukan kedai agak jauh dari bandar, ia tetapi dikunjungi pelanggan termasuk kakitangan kerajaan dan swasta.

“Melihat kedatangan pelanggan yang tidak putus-putus sudah cukup membuatkan saya bersyukur walaupun keuntungan tidak seberapa,” katanya yang mengusahakan kedai berkenaan sejak 20 tahun lalu.

Sinah berkata, dia tidak pernah menaikkan harga makanan dan minuman sejak kedai itu dibuka bersama arwah suaminya, Yusof Salleh walaupun harga barangan seperti gula dan susu sudah beberapa kali naik.

Katanya, dia menjual secawan teh O dengan harga 30 sen, manakala milo ais yang dianggap mahal sehingga lebih RM2 di kedai lain, hanya berharga RM1.

“Selain harga minuman yang rendah, lebih 50 jenis hidangan termasuk kuih- muih juga dijual murah iaitu karipap empat biji RM1, apam lima biji (RM1), nasi lemak (RM1), nasi berlauk (RM2) dan bihun goreng (70 sen),” katanya yang memulakan operasi seawal jam 6 pagi hingga 7 malam.

Kakitangan kerajaan, Sofiah Abu Bakar, 28, berkata hampir setiap hari dia ke kedai Sinah untuk bersarapan walaupun ia terletak di hujung bandar raya ini.

“Walaupun harga murah, kedai ini mementingkan kualiti selain layanan mesra pemilik dan pekerjanya membuatkan saya selesa datang ke sini.

“Tidak keterlaluan jika saya katakan, kedai ini adalah paling murah di Terengganu dan ia menjadi faktor utama kenapa ia sentiasa sesak,” katanya.

Bagi Shamsuddin Aziz, 50, dia hanya tahu mengenai kewujudan kedai itu melalui televisyen sebelum datang bersama rakannya untuk mencuba hidangan yang ada di situ.

Sumber; Harian Metro.

COMMENTS

BLOGGER: 1
Loading...
Name

Info Teluk Paku,23,Jenayah,2,Nasional,5,Pendidikan & Agama,3,politik,5,Rencana,3,Semasa,8,Sukan,5,Terkini,9,
ltr
item
Saya Anak Teluk Paku: ::: Teh O 30 sen secawan ! Tahniah Mak Cik Sinah ::: Kedai di Kampung Losong Atap Zink
::: Teh O 30 sen secawan ! Tahniah Mak Cik Sinah ::: Kedai di Kampung Losong Atap Zink
http://4.bp.blogspot.com/-WlBlS-5IssU/UuKthv1YuNI/AAAAAAAAAsE/623sjMGuz_4/s1600/senah.jpg
http://4.bp.blogspot.com/-WlBlS-5IssU/UuKthv1YuNI/AAAAAAAAAsE/623sjMGuz_4/s72-c/senah.jpg
Saya Anak Teluk Paku
http://www.telukpaku.net/2014/01/teh-o-30-sen-secawan-tahniah-mak-cik.html
http://www.telukpaku.net/
http://www.telukpaku.net/
http://www.telukpaku.net/2014/01/teh-o-30-sen-secawan-tahniah-mak-cik.html
true
7970942025005080881
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy