Ahmad Said Pertimbang Saman ADUN Batu Burok


Dato’ Seri Ahmad Said akan mempertimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Burok, Dr. Syed Azman Syed Ahmad Nawawi kerana memfitnahnya berhubung lawatan ke Antartika baru-baru ini.

Beliau mendakwa, wakil rakyat Pas yang juga Ahli Jawatankuasa Pas Pusat itu telah membuat fitnah terhadapnya menerusi blog kononnya beliau berkunjung ke khutub selatan itu tempoh hari untuk melancong bersama-sama Exco kerajaan negeri.

Menteri Besar itu seterusnya menyifatkan Syed Azman kini dalam keadaan tertekan dengan keputusan mahkamah yang bakal diketahui pada 26 Februari ini berkaitan saman beliau terhadap pemimpin Pas berkenaan.

"Saya rasa dia tertekan sebab pada 26 hari bulan ini (Februari) makamahak akan buat keptuusan yang saya saman dia baru-baru-baru ini kerana buat fitnah.

"Saya akan timbang mungkin saya akan saman lagi, sebab saya pergi Antartika, saya bawa Prof. Dr. Aziz Deraman dan setiausaha sulit saya, tapi dia keluar dalam blog, MB (Menteri Besar) pergi makan angin dan melancong bersama Exco kerajaan negeri.

"Mana ada Exco pergi, ini yang kita kata pembohong bersiri," katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan majlis Penyerahan Dana Perubatan 2014 kepada Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) hari ini.

Beliau diminta mengulas tindakan Dr. Syed Azman untuk mengadakan sidang media Jumaat ini bagi mendedahkan penyelewengan Menteri Besar Terengganu itu membabitkan sektor pembalakan, perlombongan, pembangunan Tasik Kenyir dan isu Pasar Besar Kedai Payang.

Mengulas mengenai tindakan ADUN Batu Buruk untuk mendedahkan perkara itu, Ahmad berkata, terserah lah kepada pemimpin Pas berkenaan untuk berbuat demikian sekiranya ada bukti kukuh.

"Kalau ada bukti, laporlah. Takut apa, kita tak bersalah dan kita tak buat. Tapi jangan main politiklah, ini boleh memalukan orang dan menjatuhkan maruah orang," katanya.

COMMENTS

Name

Info Teluk Paku,24,Jenayah,2,Nasional,5,Pendidikan & Agama,3,politik,5,Rencana,3,Semasa,8,Sukan,5,Terkini,9,
ltr
item
Saya Anak Teluk Paku: Ahmad Said Pertimbang Saman ADUN Batu Burok
Ahmad Said Pertimbang Saman ADUN Batu Burok
http://4.bp.blogspot.com/-AnsVxkCQv0w/UwVtrzPmzeI/AAAAAAAAA08/tZ7Xy3_Ul54/s1600/ahmad-said-41.jpg
http://4.bp.blogspot.com/-AnsVxkCQv0w/UwVtrzPmzeI/AAAAAAAAA08/tZ7Xy3_Ul54/s72-c/ahmad-said-41.jpg
Saya Anak Teluk Paku
http://www.telukpaku.net/2014/02/ahmad-said-pertimbang-saman-adun-batu.html
http://www.telukpaku.net/
http://www.telukpaku.net/
http://www.telukpaku.net/2014/02/ahmad-said-pertimbang-saman-adun-batu.html
true
7970942025005080881
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy