KEMATIAN ARWAH WAN HARIFF RAFANY TIADA UNSUR JENAYAH...

Hasil laporan bedah siasat yang dijalankan berhubung kematian Penolong Kanan Pentadbir Tanah Kuala Terengganu, Wan Hariff Rafany Wan Muda didapati tidak menunjukkan unsur jenayah.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri ACP K.Manoharan berkata setakat ini mangsa dipercayai mati akibat lemas, namun pihaknya masih menunggu laporan toksikologi bagi mengetahui punca sebenar kematian mangsa.
Beliau berkata laporan bedah siasat yang selesai diadakan pada pukul 6 petang semalam tidak menemui sebarang kesan kecederaan pada badan mangsa.
“Siasat awal yang dijalankan ke atas mangsa lebih menjurus ke arah mati lemas dan kita juga tidak menemui sebarang kesan kecederaan pada mangsa,” katanya dalam sidang media di sini Selasa.
Menurut beliau, pihaknya telah menubuhkan pasukan khas bagi melakukan siasatan menyeluruh berhubung kematian mangsa.
Mayat Wan Hariff Rafany, 35, ditemui terapung di Sungai Kampung Tajin, Kuala Berang, Hulu Terengganu kira-kira 10.30 pagi semalam oleh tiga remaja yang sedang memancing.
Mangsa yang dilaporkan hilang sejak Sabtu lalu ditemui masih lengkap berpakaian kemeja T berwarna oren serta berseluar trek yang pihak polis turut menemui kunci kereta di dalam poket seluar mangsa.
Manoharan berkata pihaknya juga telah merakam percakapan anggota keluarga, rakan sekerja serta individu yang mengetahui pergerakan mangsa bagi membantu siasatan.
Beliau berkata setakat ini pihak polis mengklasifikasi kes sebagai kematian mengejut dan siasatan lanjut masih dijalankan.
“Siasatan menyeluruh dari semua aspek sedang giat dijalankan dan sebaik siasatan selesai, kita akan merujuk kes ini kepada timbalan pendakwa raya,” katanya.
Beliau turut meminta orang ramai yang menerima laporan berhubung kes berkenaan melalui laman sosial, khidmat pesanan ringkas (SMS) dan whatsapp agar tidak menyimpan dan mengedarkannya. – BERNAMA

COMMENTS

Name

Info Teluk Paku,22,Jenayah,2,Nasional,5,Pendidikan & Agama,3,politik,5,Rencana,3,Semasa,8,Sukan,5,Terkini,9,
ltr
item
Saya Anak Teluk Paku: KEMATIAN ARWAH WAN HARIFF RAFANY TIADA UNSUR JENAYAH...
KEMATIAN ARWAH WAN HARIFF RAFANY TIADA UNSUR JENAYAH...
http://3.bp.blogspot.com/-iRl8Q04VNHA/UwQlN5DNzMI/AAAAAAAAA0E/wI9DVanJIfQ/s1600/ado+mayat.JPG
http://3.bp.blogspot.com/-iRl8Q04VNHA/UwQlN5DNzMI/AAAAAAAAA0E/wI9DVanJIfQ/s72-c/ado+mayat.JPG
Saya Anak Teluk Paku
http://www.telukpaku.net/2014/02/kematian-arwah-wan-hariff-rafany-tiada.html
http://www.telukpaku.net/
http://www.telukpaku.net/
http://www.telukpaku.net/2014/02/kematian-arwah-wan-hariff-rafany-tiada.html
true
7970942025005080881
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy