PERLU DIAMBIL TINDAKAN TEGAS - TERLAMPAU BIADAP?

Tindakan tegas perlu diambil terhadap sesiapa sahaja yang mempersendakan kredibiliti pasukan keselamatan negara tanpa sebarang pengecualian termasuk Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok berhubung video sindiran sempena sambutan Tahun Baharu Cina baru-baru ini yang mencetuskan rasa tidak puas hati banyak pihak terutamanya rakyat Sabah.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal yang begitu kecewa dengan sikap tidak wajar Ahli Parlimen itu menegaskan bahawa apa yang berlaku di Sabah terutama dalam kes pencerobohan Lahad Datu pada awal tahun lalu tidak sepatutnya dipersendakan dengan sewenang-wenangnya.

Menurutnya, rakyat Sabah mempunyai perasaan yang begitu mendalam terhadap insiden pencerobohan kumpulan pengganas Kiram itu dan mereka amat menyanjung tinggi pengorbanan pasukan keselamatan yang datang dari Semenanjung, Sarawak dan Sabah yang sanggup mempertaruhkan nyawa demi mempertahankan kedaulatan negara.

“Jangan perkecilkan pasukan keselamatan, jangan mempersendakan negeri Sabah. Isu keselamatan negara amat penting. Saya yang turut mewakili rakyat Sabah berharap agar tindakan tegas diambil terhadap individu yang ternyata amat tidak bertanggungjawab ini," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina Parti LDP, di sini hari ini.

Yang turut hadir, Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin bersama isteri, Toh Puan Norlidah R.M Jasni; Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman dan pimpinan parti-parti komponen Barisan Nasional serta masyarakat setempat.

Mohd. Shafie yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah mengulas mengenai video berdurasi hampir 12 minit disiarkan di YouTube itu yang memaparkan Teresa selaku moderator bersama tiga tetamu undangan.

Video itu antara lain memperlihatkan barisan tetamu undangan berkenaan mengeluarkan kenyataan menyindir beberapa perkara, termasuk sistem pendidikan negara dan isu keganasan di Sabah.
Sindiran-sindiran lain didakwa turut ditujukan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Malah, seorang tetamu dikenali Master Yan Yan yang ditanya tentang Tahun Melawat Malaysia 2014 mengutuk Sabah dengan kenyataan berikut: “But then, you can travel to Sabah, where you get to see pirates, with a bonus show of kidnapping and scenes of open fire.

" (Anda boleh melancong ke Sabah, di mana anda boleh melihat lanun, dengan pertunjukan bonus penculikan dan babak tembakan).
Tambah Mohd. Shafie, sepatutnya Teresa sebagai seorang pemimpin masyarakat tidak wajar menyentuh perkara sensitif yang boleh meruntuhkan perpaduan negara yang telah bersatu dalam segenap perkara walaupun mempunyai perbezaan kaum, agama dan politik.

“Sepatutnya menjadi tanggungjawab pemimpin untuk menyubur dan meningkatkan perpaduan kerana apa yang dinikmati pada masa ini adalah penting untuk bekalan anak-anak dan generasi akan datang," katanya.

BERNAMA

COMMENTS

Name

Info Teluk Paku,22,Jenayah,2,Nasional,5,Pendidikan & Agama,3,politik,5,Rencana,3,Semasa,8,Sukan,5,Terkini,9,
ltr
item
Saya Anak Teluk Paku: PERLU DIAMBIL TINDAKAN TEGAS - TERLAMPAU BIADAP?
PERLU DIAMBIL TINDAKAN TEGAS - TERLAMPAU BIADAP?
http://1.bp.blogspot.com/-brr2i2xVUDA/UXBFVZWdUsI/AAAAAAAAROY/ahWZFHtqYjc/s1600/teresa_bebas_new.jpg
http://1.bp.blogspot.com/-brr2i2xVUDA/UXBFVZWdUsI/AAAAAAAAROY/ahWZFHtqYjc/s72-c/teresa_bebas_new.jpg
Saya Anak Teluk Paku
http://www.telukpaku.net/2014/02/perlu-diambil-tindakan-tegas-terlampau.html
http://www.telukpaku.net/
http://www.telukpaku.net/
http://www.telukpaku.net/2014/02/perlu-diambil-tindakan-tegas-terlampau.html
true
7970942025005080881
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy