TELUK PAKU CONTOH TERBAIK YANG PATUT DIIKUTI OLEH SEMUA KAMPUNG - DATUK HAJI MOHD SABRI ALWI

Alhamdulillah....
Semalam telah berlangsungnya Program Santai Bersama Pemimpin. Program ini telah di hadiri oleh Datuk Ketua Bahagian Kuala Terengganu iaitu Datuk Haji Mohd Sabri Bin Alwi merangkap Pengerusi Majlis Pembangunan Pertanian Parlimen Kuala Terengganu.

Pihak Pengurusan JKKK Teluk Paku dan Urusetia mengucapkan jutaan terima kasih kepada Ybg. Datuk Haji Mohd Sabri Bin Alwi kerana sudi meluangkan masa untuk menjayakan program yang telah dianjurkan ini.

Program ini telah bermula sejak awal pagi Jumaat lagi dengan acara pertandingan memancing ikan darat(ngail) di parit Kampung Teluk Paku. Dan disebelah petang pula program gotong royong memasak dan juga persiapan tempat untuk program disebelah malam.




Dalam intipati ucapan Ybg. Datuk Haji Mohd Sabri bin Alwi,beliau merasa kagum dengan semangat yang di tunjukkan dari warga Kampung Teluk Paku kerana tidak mengenal batasan usia yang selalu memberi kerjasama yang begitu baik dengan setiap program yang dianjurkan.

"Saya begitu terharu dengan Kerjasama semua peringkat pimpinan tertinggi kampung terutamanya JKKK, KRT, Belia 4B, UMNO Cawangan, Wanita Cawangan, Pemuda dan Puteri Umno Cawangan yang begitu kuat bekerja demi menjaga kebajikan dan juga menyelesaikan permasalahan orang-orang Kampung Teluk Paku".

"Perkara sebegini patut di contohi oleh semua Pemimpin-pemimpin Kampung yang ada di Parlimen Kuala Terengganu dan Pimpinan Kampung Teluk Paku  adalah contoh terbaik bagi semua dan juga menjadil model pengurusan kepada Kampung lain untuk diikuti".

"Kita tahu di Kampung Teluk Paku ini juga adalah kubu kuat UMNO/BN untuk Parlimen Kuala Terengganu terutamanya di Dun Wakaf Mempelam dan telah di sahkan dalam pilihan raya yang lepas-lepas.mejoritinya di Cawangan Teluk Paku ini 90% adalah orang-orang UMNO dan telah menyubangkan undi kepada UMNO/BN pada PRU 13 yang lepas".

"Inilah contoh terbaik yang kita mahu terapkan di semua cawangan-cawangan yang ada didalam Parlimen Kuala Terengganu. Teluk Paku juga akan menjadi model pengurusan dan gerak kerja yang begitu sempurna dan seharusnya diterapkan kepada kampung-kampung lain".

Disamping itu juga satu majlis perasmian pembukaan Bilik Gerakan SRS KRT Teluk Paku yang mana telah disempurnkan oleh Ybg. Datuk Haji Mohd Sabri  Bin Alwi serta Pegawai Jabatan Perpaduan dan Intergarisi Nasional Negeri Terengganu(JPINNT) Ybg. Encik Asrolnizam Mamat.

Dalam pada itu Program Santai Bersama Pemimpin ini turut dihadiri oleh Tuan Haji Salleh Bin Othman(Pengerusi Penyelaras Umno Dun Wakaf Mempelam), Mohamad Azmi abdullah (Pengerusi Penyelaras Pemuda Umno Dun Wakaf Mempelam), Suadara Arni Irzan (Naib Ketua Pemuda Umno Bahagian Kuala Terengganu), saudara Mohd Izani ( SU Majlis Belia Negeri Terengganu), Saudara Yusmariza Yusof(AJK Pemuda Umno Bahagian Kuala Terengganu) yang turut sama memeriahkan program pada malam tadi.

Program Santai ini yang bermula pada jam 9.00 malam dan berakhir pada jam 11.30 malam.















COMMENTS

Name

Info Teluk Paku,22,Jenayah,2,Nasional,5,Pendidikan & Agama,3,politik,5,Rencana,3,Semasa,8,Sukan,5,Terkini,9,
ltr
item
Saya Anak Teluk Paku: TELUK PAKU CONTOH TERBAIK YANG PATUT DIIKUTI OLEH SEMUA KAMPUNG - DATUK HAJI MOHD SABRI ALWI
TELUK PAKU CONTOH TERBAIK YANG PATUT DIIKUTI OLEH SEMUA KAMPUNG - DATUK HAJI MOHD SABRI ALWI
http://4.bp.blogspot.com/-NpS-Bru1_WY/UwgjPyL1bVI/AAAAAAAAA1M/PRd95gGdIUc/s1600/santai+pemimpin.PNG
http://4.bp.blogspot.com/-NpS-Bru1_WY/UwgjPyL1bVI/AAAAAAAAA1M/PRd95gGdIUc/s72-c/santai+pemimpin.PNG
Saya Anak Teluk Paku
http://www.telukpaku.net/2014/02/teluk-paku-contoh-terbaik-yang-patut.html
http://www.telukpaku.net/
http://www.telukpaku.net/
http://www.telukpaku.net/2014/02/teluk-paku-contoh-terbaik-yang-patut.html
true
7970942025005080881
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy