AL FATIHAH UNTUK KELUARGA MANGSA..

KES pertama dan paling teruk dalam sejarah MAS melibatkan kapal terbang MAS 653 yang terhempas di Tanjung Kupang dan mengorbankan 100 nyawa termasuk Menteri Pertanian Malaysia, Dato' Seri Ali Ahmad. 

Pada Disember 1977, kapal terbang MH 653 (Boeing 737-2H6) berlepas pada 7.21 petang dari Lapangan Terbang Pulau Pinang ke Lapangan Terbang Antarabangsa Subang di Kuala Lumpur. 

Pada 7.46 petang, juruterbang Kapten G.K. Ganjoor semasa mendekati landasan Lapangan Terbang Antarabangsa Subang melaporkan kepada menara kawalan mengenai kehadiran seorang "perampas yang tidak dikenali" di dalam pesawat. 

Insiden dilaporkan kepada serta-merta kepada pihak berkuasa yang membuat persediaan kecemasan. 

Namun, beberapa minit kemudian kapten Ganjor memberitahu menara kawalan bahawa beliau akan mengalihkan perjalanan ke Singapura pula. 

Malangnya, pesawat MH653 tidak berjaya mendarat di negara itu.

Rakaman suara kokpit mendedahkan suara jeritan dan bunyi pintu kokpit diceroboh. 

Rakaman tersebut memaparkan berlakunya kekecohan dan kakitangan keselamatan pesawat juga kedengaran cuba mengawal pesawat. 

Pada 8.15 malam, semua komunikasi dengan pesawat MH653 terputus. 

Pada 8.36 malam, penduduk di Kampung Ladang, Tanjung Kupang melaporkan satu letupan dan kebakaran di paya bakau berdekatan, di mana bangkai MH653 ditemui. 

Nahas tersebut meragut semua nyawa di dalam pesawat, termasuk Menteri Pertanian Malaysia, Dato' Seri Ali Ahmad, Ketua Pengarah Jabatan Kerja Raya, Tan Sri Mahfuz Khalid, dan Duta Cuba ke Jepun, Mario Garcia.

Terdapat spekulasi mengatakan bahawa Tentera Merah Jepun yang bertanggungjawab untuk rampasan pesawat tersebut. 

Bagaimanapun, spekulasi ini tidak pernah disahkan.

COMMENTS

Name

Info Teluk Paku,24,Jenayah,2,Nasional,5,Pendidikan & Agama,3,politik,5,Rencana,3,Semasa,8,Sukan,5,Terkini,9,
ltr
item
Saya Anak Teluk Paku: AL FATIHAH UNTUK KELUARGA MANGSA..
AL FATIHAH UNTUK KELUARGA MANGSA..
http://1.bp.blogspot.com/-GNbZOskJ6h4/UxvsgQHn4tI/AAAAAAAAA4c/qJeRVVvkIgE/s1600/mh355.jpg
http://1.bp.blogspot.com/-GNbZOskJ6h4/UxvsgQHn4tI/AAAAAAAAA4c/qJeRVVvkIgE/s72-c/mh355.jpg
Saya Anak Teluk Paku
http://www.telukpaku.net/2014/03/al-fatihah-untuk-keluarga-mangsa.html
http://www.telukpaku.net/
http://www.telukpaku.net/
http://www.telukpaku.net/2014/03/al-fatihah-untuk-keluarga-mangsa.html
true
7970942025005080881
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy