JAWATAN YANG DISANDANG BUKAN UNTUK BERMEGAH-MEGAH TETAPI IA ADALAH AMANAH YANG DIPIKUL - Ketua Umno Bahagian Kuala Terengganu




KUALA TERENGGANU – Ketua Umno Bahagian Kuala Terengganu, Datuk Mohd Sabri Alwi bersedia berundur daripada jawatan disandangnya ketika ini, jika BN masih gagal mendapat sebarang kerusi pada PRU14 di Parlimen Kuala Terengganu.

Sebagai pemimpin bahagian, beliau menyatakan kerelaan untuk bertanggungjawab sekiranya BN sekali lagi menerima tamparan hebat dengan kekalahan 0-5, sama sebagaimana PRU13 lalu.

“Saya sedia berundur kalau kalah pilihan raya (dengan keputusan) 0-5, bermakna itu tanggungjawab saya,” katanya kepada pemberita ketika sidang media di Majlis Mesra Media Bersama Umno Bahagian Kuala Terengganu di Batu Burok, di sini, kelmarin.

Beliau turut menegaskan jawatan ketua Umno bahagian bukanlah perkara yang perlu dibanggakan sebaliknya ia adalah komitmen yang perlu dipikul untuk memastikan perubahan positif berlaku di peringkat Parlimen itu.

Jelasnya, tugas yang sedang digalasnya ketika ini amat berat memandangkan beliau memimpin Umno Bahagian Kuala Terengganu ketika BN mengalami kekalahan yang teruk.

“Saya mengambil (jawatan ini ketika BN) tiada kerusi (di Parlimen Kuala Terengganu) dan ini tanggungjawab yang berat pada saya. Tiada erti menyalahkan orang lain, saya sebagai ketua Umno bahagian, menjadi kesalahan kepada saya seorang jika gagal.

Bermakna, saya yang bertanggungjawab, itu mudah sahaja. Kadang-kadang kita lebih penting jawatan, kita tidak penting pilihan raya pun,” katanya.

Beliau turut mengakui akan menjadikan keputusan pilihan raya akan datang sebagai penunjuk prestasi utama (KPI) untuk menilai kepimpinannya di bahagian tersebut.

Enggan melihat perkara sama berulang di Parlimen Kuala Terengganu pada masa depan, beliau bagaimanapun sudah menggerakkan jentera Umno Bahagian Terengganu dari sekarang dalam memastikan misi menawan kembali kerusi-kerusi Dun dan Parlimen Kuala Terengganu berjaya.



Beliau percaya, usaha dari awal tanpa menunggu pilihan raya di samping berdoa, mampu menghasilkan kesan positif untuk memastikan berlaku perubahan yang lebih baik di bahagian Kuala Terengganu pada PRU14 nanti.



“Kemungkinan ada orang bermimpi supaya pilihan raya ini (BN di Parlimen Kuala Terengganu) kalah supaya saya boleh berundur tetapi tidak mengapa itu adalah perancangan manusia, yang penting ketentuan ALLAH. Kalau kita berusaha keras, ketentuan akan berpihak kepada kita. Insya ALLAH kita yakin dan percaya itu,” katanya.

COMMENTS

Name

Info Teluk Paku,23,Jenayah,2,Nasional,5,Pendidikan & Agama,3,politik,5,Rencana,3,Semasa,8,Sukan,5,Terkini,9,
ltr
item
Saya Anak Teluk Paku: JAWATAN YANG DISANDANG BUKAN UNTUK BERMEGAH-MEGAH TETAPI IA ADALAH AMANAH YANG DIPIKUL - Ketua Umno Bahagian Kuala Terengganu
JAWATAN YANG DISANDANG BUKAN UNTUK BERMEGAH-MEGAH TETAPI IA ADALAH AMANAH YANG DIPIKUL - Ketua Umno Bahagian Kuala Terengganu
http://1.bp.blogspot.com/-oq58FPaabbQ/UxP0wX_ILnI/AAAAAAAAA34/r_GCNOVUcRY/s1600/mk.JPG
http://1.bp.blogspot.com/-oq58FPaabbQ/UxP0wX_ILnI/AAAAAAAAA34/r_GCNOVUcRY/s72-c/mk.JPG
Saya Anak Teluk Paku
http://www.telukpaku.net/2014/03/jawatan-yang-disandang-bukan-untuk.html
http://www.telukpaku.net/
http://www.telukpaku.net/
http://www.telukpaku.net/2014/03/jawatan-yang-disandang-bukan-untuk.html
true
7970942025005080881
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy