Prk Kajang : Setakat Jam 12.00 Tengahari Baru 45% Keluar Membuang Undi?


KAJANG - Sebanyak 15 pusat mengundi di kawasan Dun Kajang dibuka mulai 8 pagi ini bagi membolehkan 38,055 pemilih berdaftar melaksanakan tanggungjawab mereka dalam pilihan raya kecil Dun itu.

Pusat mengundi itu ialah Sekolah Rendah Agama Batu 10 Cheras; Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Sekamat; SK Saujana Impian; Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang; SK Sungai Kantan; Sekolah Menengah Kebangsaan(SMK) Tinggi Kajang; SMK Convent Kajang; Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan(C) Sungai Chua. 

Balai Raya JKKK Kampung Baru Sungai Chua; Pusat Rukun Tetangga dan Tabika Perpaduan Sungai Chua; Dewan Orang Ramai Sungai Chua; SAR (KAFA Integrasi) Taman Delima; SK Kantan Permai; SK Kajang dan Kompleks Penghulu mukim Cheras.

Semua pusat pengundian akan ditutup 5 petang ini dan pengiraan undi dijangka bermula 6 petang di pusat penjumlahan undi di Dewan Kompleks Sukan Bandar Baru Bangi di sini.

Pilihan raya kecil ini menyaksikan pertembungan antara calon Barisan Nasional (BN), Datin Paduka Chew Mei Fun dan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Bagaimanapun kedua-dua calon tidak mengundi. 

Kerusi Dun Kajang kosong berikutan perletakan jawatan secara mengejut penyandangnya Lee Chin Cheh daripada PKR pada 27 Januari lepas.

Dalam PRU13 Mei lepas, Chin Cheh menang dengan majoriti 6,824 undi dalam pertandingan enam penjuru melibatkan BN, Berjasa dan tiga calon Bebas.

Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Abdul Ghani Salleh dilapor menjangkakan lebih 80 peratus pengundi keluar mengundi hari ini. 

SPR juga menjangkakan keputusan pilihan raya kecil itu dapat diketahui selewat-lewatnya 9 malam ini. 

Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia meramalkan tiada hujan di sebelah pagi namun ribut petir dijangka berlaku pada sebelah petang. - Bernama

COMMENTS

Name

Info Teluk Paku,22,Jenayah,2,Nasional,5,Pendidikan & Agama,3,politik,5,Rencana,3,Semasa,8,Sukan,5,Terkini,9,
ltr
item
Saya Anak Teluk Paku: Prk Kajang : Setakat Jam 12.00 Tengahari Baru 45% Keluar Membuang Undi?
Prk Kajang : Setakat Jam 12.00 Tengahari Baru 45% Keluar Membuang Undi?
http://2.bp.blogspot.com/-bBuatWLfsPQ/Uy5ghlbOa7I/AAAAAAAAA64/OhG8mdyM5iE/s1600/image.jpg
http://2.bp.blogspot.com/-bBuatWLfsPQ/Uy5ghlbOa7I/AAAAAAAAA64/OhG8mdyM5iE/s72-c/image.jpg
Saya Anak Teluk Paku
http://www.telukpaku.net/2014/03/prk-kajang-setakat-jam-1200-tengahari.html
http://www.telukpaku.net/
http://www.telukpaku.net/
http://www.telukpaku.net/2014/03/prk-kajang-setakat-jam-1200-tengahari.html
true
7970942025005080881
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy