Sejarah Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah Tercipta Dalam Memori Rakyat Pulau Pinang.

Salam 1Malaysia.
 
Alhamdulillah, Sabtu lepas, saya telah merasmikan Jambatan Kedua Pulau Pinang, yang secara rasminya dinamakan Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah.
 
Jambatan ini adalah satu titik pencapaian yang penting untuk Malaysia atas banyak sebab. Idea pembinaannya diilhamkan oleh Tun Mahathir pada tahun 1995. Ini disusuli dengan cadangan Tun Abdullah bahawa jambatan ini haruslah dibina di bahagian selatan Pulau Pinang agar ia dapat merangsang pertumbuhan ekonomi di negeri-negeri utara, terutamanya di Wilayah Koridor Ekonomi Utara.
 
Menerusi peningkatan sistem pengangkutan melalui jambatan ini, saya percaya rakyat di utara tanah air mampu mengalihkan fokus ekonomi yang berasaskan pertanian kepada industri. Saya telah difahamkan sebanyak 65,000 peluang pekerjaan akan diwujudkan oleh projek-projek pembangunan di sekitar Jambatan Kedua ini.
 
Saya berharap rakyat di Semenanjung Malaysia dapat mengambil peluang dari pembangunan yang dijana oleh projek Jambatan Kedua ini. Ia dibina untuk kesejahteraan anda; manfaatkanlah sebaiknya.


Perdagangan dalam negara disemarakkan oleh pergerakan barangan dan tenaga kerja. Atas sebab inilah saya sentiasa berpegang teguh kepada idea bahawa sistem pengangkutan yang efisyen adalah salah satu daripada komponen-komponen penting dalam pertumbuhan ekonomi. Pihak kerajaan telah merangka pelan berpanjangan untuk memperbaiki infrastruktur dan sistem pengangkutan awam – LRT, MRT, penambaikan dalam hubungan dan akses rel, lebuhraya-lebuhraya di sekitar Semenanjung dan Malaysia Timur, dan sebagainya, demi memastikan mobiliti sosial untuk setiap rakyat Malaysia.



Oleh yang demikian, saya percaya pelancaran Jambatan Kedua Pulau Pinang – yang dinamakan Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah – akan menjadi pemangkin kepada pertumbuhan kegiatan-kegiatan ekonomi bukan sahaja di Pulau Pinang, malah di wilayah utara Semenanjung.



Jambatan Kedua Pulau Pinang adalah satu titik pencapaian yang penting untuk Malaysia atas banyak sebab. Idea pembinaannya diilhamkan oleh Tun Mahathir pada tahun 1995. Ini disusuli dengan cadangan Tun Abdullah bahawa jambatan ini haruslah dibina di bahagian selatan Pulau Pinang agar ia dapat merangsang pertumbuhan ekonomi di negeri-negeri utara, terutamanya di Wilayah Koridor Ekonomi Utara.



Selain daripada fungsi utamanya menyediakan akses dan hubungan kepada Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang, saya menjangkakan jambatan ini bakal menjadi sebuah ikon nasional sama seperti Jambatan Golden Gate di San Francisco, dan Jambatan Pelabuhan Sydney di Australia.



Dibina dengan kos RM4.5 bilion, rakyat di Utara kini boleh berharap untuk mengalihkan fokus ekonomi mereka daripada pertanian kepada industri. Saya difahamkan – dan berharap – sebanyak 65,000 peluang pekerjaan akan dicipta oleh projek-projek pembangunan di sekitar Jambatan Kedua ini. Teras utama kerajaan selama ini hanyalah untuk menepati janji-janji kami: bahawa setiap rakyat Malaysia akan dapat manfaat dari mana-mana projek pembangunan Persekutuan.



Jambatan Kedua ini – yang menghubungkan Batu Maung di sebelah pulau dan Batu Kawan di Seberang Perai – akan berfungsi sebagai lintasan alternatif ke Pulau Pinang. Dianggarkan bahawa jumlah kenderaan yang menggunakan Jambatan Pulau Pinang (dibina pada tahun 1985) akan meningkat sebanyak 68% (iaitu 67,000 kenderaan) menjelang tahun 2020. Maka, lintasan kedua ini dijangka dapat mengurangkan kesesakan lalulintas keluar-masuk ke Pulau Pinang. Saya yakin bahawa ini akan melonjakkan potensi pendapatan serta kualiti hidup masyarakat yang tinggal di kawasan-kawasan sekitar.



Sebenarnya, Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam ini adalah sebuah mercu tanda kejuruteraan moden. Dibina sepanjang 24 kilometer (16.9 kilometer di atas laut), ia adalah jambatan terpanjang di Asia Tenggara. Jambatan ini juga adalah yang terpanjang di dunia yang mengaplikasikan Sistem Galas Getah Rendaman Tinggi (HDRB) yang mana ia mampu menahan gegaran gempa bumi sehinga 7.5 pada skala Richter.



Satu lagi ciri inovatif dalam pembinaan jambatan ini adalah penekanan kepada aspek mesra-alam dalam rekabentuk dan pembinaan plaza-plaza tol pada jambatan ini. Ia diiktiraf dengan akreditasi Indeks Bangunan Hijau (GBI) Emas. Usaha ini dilaksanakan demi mencapai efisiensi tenaga, kualiti persekitaran dalaman dan kemampanan dalam operasi plaza tol.



Pelancaran Jambatan Kedua Pulau Pinang ini adalah satu lagi bukti usaha tidak berbelah bahagi Kerajaan Persekutuan dalam menepati janji-janji kami. Tiada yang lebih penting daripada tekad kami untuk mempertingkatkan taraf hidup rakyat. Saya berharap agar rakyat di wilayah utara dapat mengambil peluang dari pembangunan yang dijana oleh projek Jambatan Kedua ini. Jambatan ini dibina untuk anda. Ia dibina untuk kesejahteraan anda; manfaatkanlah sebaik mungkin.

COMMENTS

Name

Info Teluk Paku,21,Jenayah,2,Nasional,5,Pendidikan & Agama,3,politik,5,Rencana,3,Semasa,7,Sukan,5,Terkini,9,
ltr
item
Saya Anak Teluk Paku: Sejarah Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah Tercipta Dalam Memori Rakyat Pulau Pinang.
Sejarah Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah Tercipta Dalam Memori Rakyat Pulau Pinang.
http://3.bp.blogspot.com/-TUEfhHM1bV0/UyUC0Sz6KLI/AAAAAAAAA5g/qtSQaxoGkMc/s1600/Jambatan-Pulau-Pinang-kedua-300x194.jpg
http://3.bp.blogspot.com/-TUEfhHM1bV0/UyUC0Sz6KLI/AAAAAAAAA5g/qtSQaxoGkMc/s72-c/Jambatan-Pulau-Pinang-kedua-300x194.jpg
Saya Anak Teluk Paku
http://www.telukpaku.net/2014/03/sejarah-jambatan-sultan-abdul-halim.html
http://www.telukpaku.net/
http://www.telukpaku.net/
http://www.telukpaku.net/2014/03/sejarah-jambatan-sultan-abdul-halim.html
true
7970942025005080881
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy