SUKAR UNTUK SELAMAT APABILA BERADA DI LAUTAN BERGELORA SEPANJANG MASA

PIHAK syarikat Malaysia Airlines (MAS) membuat kesimpulan bahawa pesawat MH370 telah terhempas di Lautan Hindi berdasarkan lokasi terakhir ia dikesan satelit dan juga kandungan minyak yang ada di dalam pesawat berkenaan.
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Ahmad Jauhari Yahya berkata dengan bekalan minyak yang sedikit tambahan pula ketiadaan landasan terdekat untuk pesawat MH370 mendarat, menjadikan ia satu faktor yang kuat untuk membuat kesimpulan pesawat itu telah terhempas.
Beliau menjawab soalan media yang meminta bukti kukuh apakah digunakan pihak MAS sehingga boleh membuat kesimpulan kesemua 239 penumpang termasuk anak kapal telah terkorban.
“Lokasi terakhir dikesan pesawat MH370 ialah di kawasan selatan Lautan Hindi, pesawat itu sudah hampir kehabisan minyak pada saat itu.. Jika ia mahu terbang lebih jauh tiada landasan mendarat berhampiran.
“Saya rasa pihak kita (MAS) boleh buat kesimpulan bahawa pesawat itu sudah pun terhempas di lautan,” katanya dalam sidang media di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWCT) hari ini.
Beliau berkata kawasan perairan berkenaan adalah satu kawasan yang terpencil dengan keadaan ombak laut yang kerap bergelora.
“Kawasan itu (Lautan Hindi) sangat terpencil dan hari ini sudah masuk hari ke-18.. Untuk sesiapa terselamat dalam keadaan lautan bergelora seperti itu adalah amat tipis,” katanya.
Semalam Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak membuat pengumuman bahawa berdasarkan analisis data satelit yang baru, pesawat MH370 disahkan mengakhiri penerbangannya di selatan Lautan Hindi. – MYNEWSHUB.MY

COMMENTS

Name

Info Teluk Paku,24,Jenayah,2,Nasional,5,Pendidikan & Agama,3,politik,5,Rencana,3,Semasa,8,Sukan,5,Terkini,9,
ltr
item
Saya Anak Teluk Paku: SUKAR UNTUK SELAMAT APABILA BERADA DI LAUTAN BERGELORA SEPANJANG MASA
SUKAR UNTUK SELAMAT APABILA BERADA DI LAUTAN BERGELORA SEPANJANG MASA
http://4.bp.blogspot.com/-FOxk_3z05f4/UzKEGsh_mJI/AAAAAAAAA7I/GEcQtai7-Lk/s1600/Recently-Updated8-0011-565x386.jpg
http://4.bp.blogspot.com/-FOxk_3z05f4/UzKEGsh_mJI/AAAAAAAAA7I/GEcQtai7-Lk/s72-c/Recently-Updated8-0011-565x386.jpg
Saya Anak Teluk Paku
http://www.telukpaku.net/2014/03/sukar-untuk-selamat-apabila-berada-di.html
http://www.telukpaku.net/
http://www.telukpaku.net/
http://www.telukpaku.net/2014/03/sukar-untuk-selamat-apabila-berada-di.html
true
7970942025005080881
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy