TIGA PENJURU KINA KEMBALI LAGI !!!

Awie ajak peminat tengok Konsert Teaterikal Suara Kita bermula malam esok
Selepas selama hampir tiga minggu berhempas pulas berlatih siang dan malam, Konsert Teaterikal Suara Kita bakal dipentaskan esok hingga 9 Mac ini di pentas Lambang Sari, Istana Budaya. Pastinya ramai yang tertunggu-tunggu aksi gandingan mantap tiga bintang popular tanah air iaitu Awie, Erra Fazira dan Ziana Zain yang mencipta populariti era 1990-an. Jadi, jangan lupa beli tiket lebih awal.
Mana tidaknya, seperti yang dikatakan Awie, sudah menjadi kegemaran rakyat Malaysia suka membeli tiket pada saat akhir. Justeru, tabiat ini perlu diubah kerana pada akhirnya ia akan membawa kerugian bukan saja pada peminat, malah pada pihaknya juga.
Mendekati Awie yang juga penganjur konsert berkenaan, mendengar nada suaranya saja penulis dapat tahu bahawa dirinya penat, namun demi merealisasikan sebuah pementasan yang berkualiti buat peminat dunia seni tempatan, dia tidak lelah ke hulu hilir bagi mempromosikan konsert itu. Malah,dirinya juga bersyukur, usaha syarikatnya, Awie Entertainment Sdn Bhd disokong ramai pihak termasuk media massa.
Masalah penajaan
Bagaimanapun, penganjuran konsert mana yang tidak menghadapi masalah. Kongsi Awie: “Saya memanglah lebih penat sebab saya yang menerbitkannya, tapi saya hanya mahu yang terbaik untuk konsert ini nanti. Setakat ini, semuanya berjalan baik cuma ada masalah sikit dari segi penajaan. Tapi tiadalah sampai proses konsert ini tergendala, cuma perjalanannya agak perlahan. Tak mengapa, apa pun, saya sebagai penganjur kena usaha untuk atasi perkara berkenaan.
“Latihan menyanyi dan berlakon kami jalankan setiap hari sejak lebih dua minggu lalu, dan yang agak sukarnya apabila proses nyanyian kami berlatih di studio lain, manakala lakonan pula di studio lain. Sebalik itu, saya berterima kasih kepada artis terbabit sebab mereka semua memberikan komitmen bagus, seperti Erma Fatima sebagai pengarah konsert yang memberi fokus 100 peratus.
Mereka berlatih sehinggalah berjaya tanpa kenal erti penat dan saya bersyukur mempunyai kawan-kawan seperti mereka.
“Sampai ketika ini, persiapan sudah selesai, latihan penuh dijalankan setiap hari sejak Khamis lalu. Latihan dijalankan dari awal cerita sehingga tamat bagi memastikan cacat-cela dapat dielakkan di pentas Lambang Sari nanti. Selain Erma, Erra dan Ziana, Edrie Hashim juga terbabit sebagai pengarah muzik konsert itu.”
Ditanya mengenai keistimewaan konsert itu, vokalis kumpulan Wings ini menyifatkan ia sebagai konsert pertama menggabungkan garapan pengarah berkaliber, Erma bersama dua nama besar, Erra dan Ziana.
-Berita harian

COMMENTS

Name

Info Teluk Paku,24,Jenayah,2,Nasional,5,Pendidikan & Agama,3,politik,5,Rencana,3,Semasa,8,Sukan,5,Terkini,9,
ltr
item
Saya Anak Teluk Paku: TIGA PENJURU KINA KEMBALI LAGI !!!
TIGA PENJURU KINA KEMBALI LAGI !!!
http://2.bp.blogspot.com/-A5NpSJPuRrc/UxKw5-T1MhI/AAAAAAAAA3Q/UUc3sExmDTg/s1600/3-bintang.jpg
http://2.bp.blogspot.com/-A5NpSJPuRrc/UxKw5-T1MhI/AAAAAAAAA3Q/UUc3sExmDTg/s72-c/3-bintang.jpg
Saya Anak Teluk Paku
http://www.telukpaku.net/2014/03/tiga-penjuru-kina-kembali-lagi.html
http://www.telukpaku.net/
http://www.telukpaku.net/
http://www.telukpaku.net/2014/03/tiga-penjuru-kina-kembali-lagi.html
true
7970942025005080881
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy