DENDA RM 30 K untuk 3 Gol JDT - Hampeh FAM



T-Team kalah dengan Jaringan 0-3 dengan JDT pada saingan Piala FA. Nasik dah jadi BUBUR.. baru FAM jatuhkan Hukuman Bahawa JDT bersalah dalam KES TEROWONG...
Lawak bebenorlah FAM ning.. Jatuh Hukum dulu baru nok SIASAT.. Berat 66 boh.... haha
Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib, Datuk Taufek Abdul Razak berkata, tiada sebarang pertuduhan dikenakan terhadap mana-mana individu yang terlibat dalam insiden berkenaan.

“Kes ini sedang disiasat oleh dua pihak iaitu pihak polis dan FAM, hasil siasatan polis telah diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara.

“Jadi Jawatankuasa Tatatertib berpendapat adalah wajar untuk menangguhkan terlebih dahulu siasatan terhadap individu-individu yang terbabit kerana tidak mahu ada dua keputusan berlainan.

“Jawatankuasa Tatatertib akan membiarkan pihak polis menyelesaikan siasatan mereka dan jika pihak polis mengambil tindakan, kami akan mengambil langkah yang sama kerana kami boleh bangkitkan perkara ini dalam tempoh dua tahun,” katanya dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Tatatertib di Wisma FAM selama hampir 11 jam, yang berlanjutan sehingga pukul 8.30 malam ini. – UTUSAN ONLINE

Terowong Larkin: JDT hanya didenda RM30K kerana kawalan keselamatan longgar.

FAM buat lawak lagi. Semalam dalam Mesyuarat Tatatertib FAM, JDT telah didenda sebanyak RM30,000 kerana gagal menyediakan kawalan keselamatan kepada pasukan T-Team dalam perlawanan Pusingan Kedua Piala FA. Sebelum ini FAM telah memberi kemenangan kepada JDT sebanyak 3-0 kerana bertindak menarik diri dalam perlawanan itu. Sedangkan T-Team membuat keputusan menarik diri kerana tuan rumah gagal memberi jaminan keselamatan kepada mereka. Sekali lagi FAM membuat kelakar dan menimbulkan banyak persoalan.

INSIDEN ‘panas’ yang berlaku di dalam terowong Stadium Tan Sri Hassan  Yunos, Larkin, Johor pada 1 Februari lalu masih mencetuskan tanda tanya.

Ini kerana, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) tidak dapat mendakwa individu tertentu kerana tidak mahu menganggu siasatan pihak polis dalam kes tersebut.

Begitupun, FAM tetap menjatuhkan hukuman terhadap Johor Darul Takzim (Johor DT) biarpun masih belum mengenal pasti mana-mana individu yang terlibat dalam insiden itu.

Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib FAM, Datuk Taufek Razak memberitahu, Johor DT dikenakan denda RM30,000 selepas didapati bersalah kerana gagal menyediakan kawalan keselamatan yang mencukupi pada aksi pusingan kedua Piala FA itu ketika menentang T-Team.

Dalam perlawanan tersebut, T-Team menarik diri daripada meneruskan aksi babak kedua apabila pemain importnya, Elvado Rodrigues dan jurulatih kecergasan, Stefano Impagliazzo mendakwa mereka dikasari di dalam terowong di Stadium Tan Sri Hassan Yunos selepas tamat babak pertama.
“Siasatan kes ini telah dijalankan pihak polis dan saya dimaklumkan, ia sudah sampai kepada Jabatan Peguam Negara.

“Jadi, kami akan menunggu tindakan lanjut pihak polis dan buat masa ini, kami tidak akan meneruskan kes ini.

“Ini kerana kami gusar akan ada dua keputusan berbeza apabila kes itu dihadapkan ke mahkamah,” kata Taufek selepas mempengerusikan Mesyuarat Tatatertib FAM di Wisma FAM, Kelana Jaya semalam.

Bagaimanapun, Taufek menjelaskan FAM, masih berhak mengambil tindakan sekiranya tiada dakwaan lanjut dilakukan oleh pihak yang berkenaan.

“Kami di FAM masih mempunyai tempoh dua tahun untuk mengambil tindakan mengikut Kod Tatatertib.

“Namun, jika mahkamah dapati tiada kesalahan, apa lagi yang boleh kami lakukan,” katanya.
Terdahulu, Jawatankuasa Tatatertib FAM bersidang selama lebih 10 jam dengan memanggil lima saksi untuk menyelesaikan insiden yang berlaku di Larkin.

Lima individu itu termasuklah Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Superintendan Abdul Samad Salleh dan Setiausaha Kehormat Persatuan Bola Negeri Johor (PBNJ), Mohd. Fahmy Yahya.

Mengulas lanjut, Taufek berkata, Johor DT masih dibenarkan membuat rayuan terhadap hukuman tersebut disebabkan denda itu bukan paling minimum.

“Jawatankuasa Tatatertib FAM hanya mengambil khusus dalam soal keselamatan yang berlaku di dalam terowong sahaja.

“Setelah mengambil kira daripada pelbagai sudut, pihak kami mendapati bahawa Johor DT dikenakan denda gara-gara kesalahan kelemahan tahap keselamatan.

“Mereka didenda RM30,000 atas kesalahan tersebut dan berdasarkan Kod 56.1 Tatatertib FAM 2012, mereka dibenarkan membuat rayuan kerana hukuman minimum adalah RM20,000,” katanya.-Kosmo

COMMENTS

Name

Info Teluk Paku,23,Jenayah,2,Nasional,5,Pendidikan & Agama,3,politik,5,Rencana,3,Semasa,8,Sukan,5,Terkini,9,
ltr
item
Saya Anak Teluk Paku: DENDA RM 30 K untuk 3 Gol JDT - Hampeh FAM
DENDA RM 30 K untuk 3 Gol JDT - Hampeh FAM
http://2.bp.blogspot.com/-P6B812kyb-M/Uzt8hfZJpgI/AAAAAAAAA-k/TaPVynu9v_o/s1600/insiden-terowong-jdt.jpg
http://2.bp.blogspot.com/-P6B812kyb-M/Uzt8hfZJpgI/AAAAAAAAA-k/TaPVynu9v_o/s72-c/insiden-terowong-jdt.jpg
Saya Anak Teluk Paku
http://www.telukpaku.net/2014/04/denda-rm-30-k-untuk-3-gol-jdt-hampeh-fam.html
http://www.telukpaku.net/
http://www.telukpaku.net/
http://www.telukpaku.net/2014/04/denda-rm-30-k-untuk-3-gol-jdt-hampeh-fam.html
true
7970942025005080881
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy