MCA CUBA BERMAIN DENGAN API UNTUK MENYALAHKAN UMNO DALAM ISU HUDUD?

Ketua Publisiti MCA, Chai Kim Sen mengesahkan MCA akan meminta bantuan daripada DAP untuk menghalang perlaksanaan undang-undang hudud di Kelantan. Ini adalah kerana menurutnya, sewaktu perbincangan undang-undang hudud usul di Kelantan dan Terengganu, UMNO langsung tidak membantah.

Justeru katanya, MCA akan meminta bantuan daripada DAP untuk menghalang pembentangan usul undang-undang hudud di Dewan Rakyat.

UMNO telah memberi komitmen kepada PAS bahawa wakil-wakil rakyatnya akan menyokong usul tersebut. Jumlah keanggotaan UMNO di Dewan Rakyat adalah seramai 88 orang, manakala PAS pula adalah seramai 21 orang.

PAS mempunyai kerusi majoriti dua pertiga di Kelantan, paling banyak di Selangor dan campuran kerusi majoriti dua pertiga dengan UMNO di Kedah dan Terengganu.

Cabaran agar wakil PAS membentangkan usul hudud terlebih dahulu di Parlimen telah dibuat oleh beberapa orang Ahli Parlimen dan pemimpin UMNO. PAS sebelum ini telah menjadikan hudud sebagai modal mereka untuk berpolitik dan cuba membuktikan bahawa UMNO menolak hudud sekaligus menolak Islam kerana deraf Undang-Undang Syariah (II) Kelantan gagal diimplementasikan waluapun sebenarnya tidak pernah dibentangkan di DUN Kelantan untuk diberikan kelulusan perlaksanaannya.

DAP merupakan penentang tegar undang-undang hudud. Manakala MCA pula menjadi penyokong DAP dengan memberi amaran kepada UMNO, hubungan dan kerjasama dari tahun 1955, mungkin akan berakhir dengan perlaksanaan undang-undang hudud di Kelantan.

MCA mengalami kekalahan teruk pada tahun 2008 dan 2013 menerusi dua pilihanraya. Kawasan-kawasan tradisi MCA terutama sekali di kawasan campuran dengan majoritinya adalah Cina, telah dirampas oleh DAP semenjak dua pilihanraya umum lalu. Walaupun terdapat peningkatan undi kepada calon MCA di PRK DUN Kajang beberapa minggu lepas, PDM-PDM yang totok dengan pengundi Cina, kekal menjadi penyumbang utama untuk kemenangan calon Pakatan Rakyat.

Amaran yang diberikan kepada UMNO tidak lebih daripada umpan MCA untuk mengambil hati para penyokong dan pengundinya daripada masyarakat Cina. Namun pada masa yang sama, akan mengorbankan wakil-wakil rakyat MCA di Parlimen sekarang ini yang menang dengan undi daripada masyarakat Melayu seperti Wee Ka Siong.

Masakan Ketua Publisiti MCA tidak sedar hal itu, atau sebenarnya secara tidak sengaja telah terbuka tembelang yang MCA 'MEMANG ADA KERJASAMA DENGAN DAP' sebelum ini untuk mewujudkan tekanan kepada UMNO terutama sekali yang membabitkan permainan desak, tuntut dan ugut? SINI

COMMENTS

Name

Info Teluk Paku,22,Jenayah,2,Nasional,5,Pendidikan & Agama,3,politik,5,Rencana,3,Semasa,8,Sukan,5,Terkini,9,
ltr
item
Saya Anak Teluk Paku: MCA CUBA BERMAIN DENGAN API UNTUK MENYALAHKAN UMNO DALAM ISU HUDUD?
MCA CUBA BERMAIN DENGAN API UNTUK MENYALAHKAN UMNO DALAM ISU HUDUD?
http://4.bp.blogspot.com/-NA8dz5eYl04/Uz4WmsqaP3I/AAAAAAAAA_E/AJnCcjV_4V8/s1600/hUDUD.jpg
http://4.bp.blogspot.com/-NA8dz5eYl04/Uz4WmsqaP3I/AAAAAAAAA_E/AJnCcjV_4V8/s72-c/hUDUD.jpg
Saya Anak Teluk Paku
http://www.telukpaku.net/2014/04/mca-cuba-bermain-dengan-api-untuk.html
http://www.telukpaku.net/
http://www.telukpaku.net/
http://www.telukpaku.net/2014/04/mca-cuba-bermain-dengan-api-untuk.html
true
7970942025005080881
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy