PAS MEMPUNYAI PENYAKIT SINDROM MEMBAZIR - MASUK TABUNG JIHAD

Rancangan kerajaan negeri untuk membeli dua buah amphicoach bukanlah satu pembaziran, tegas Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan negeri, Dato’ Mohd Jidin Shafee.
Beliau berkata, sindrom ‘segalanya membazir’ yang dialami oleh sesetengah pihak khususnya pemimpin pembangkang di Terengganu sudah lama diketahui rakyat.
“Bila mereka (pembangkang) dapat tahu kerajaan mahu buat sesuatu, begitu cepat mereka respon iaitu membazir. Malah mereka bercakap lebih pandai dari kita,” sindir beliau.
Jelas Mohd. Jidin, hasrat kerajaan negeri cukup jelas iaitu untuk mempelbagaikan produk pelancongan di Terengganu kerana sektor ini merupakan aset negeri untuk menarik pelancong pada masa hadapan.
“Kenderaan buatan Malta itu nanti bukan sahaja untuk pengangkutan pelancongan, tetapi berfungsi sebagai serampang dua mata kerana amphicoach boleh digunakan untuk membantu mangsa banjir di Terengganu setiap tahun.
“Kerajaan negeri telah bersetuju untuk membeli dua kenderaan berbentuk seperti bas ini. Buat masa sekarang kita sedang menyediakan spesifikasi amphicoach yang mampu memuatkan 50 penumpang dengan kelajuan tidak kurang lapan knot di dalam air.
“Pada masa yang sama, proses bagi urusan berkaitan sedang dijalankan termasuk menyiapkan dokumen dan beberapa kelulusan daripada Jabatan Pengangkutan Jalan, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat dan pihak berkaitan,” ujarnya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Pelancongan Negeri Terengganu (PPNT) Kali ke-25 di Wisma Darul Iman, hari ini.
Turut hadir, Pengerusi PPNT, Wan Supian Wan Ishak.
Sebelum ini, Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Said memaklumkan kepada media bahawa kerajaan negeri akan membeli dua buah amphicoach yang bernilai RM3 juta sebuah.
Kata Mohd. Jidin, orang ramai dinasihatkan tidak mudah terpengaruh dengan dakwaan yang tidak berasas kerana kos untuk membuat amphicoach agak mahal disebabkan kecanggihan teknologinya dan ia perlu ditempah khas.
“Jangan samakan pula kenderaan ini dengan ‘Duck Tours’ di Melaka. Ia bukanlah bas dan saiznya lebih kecil. Sebab itulah harganya lebih murah dalam lingkungan 200 hingga 280 ribu euro sahaja.
“Tidak seperti amphicoach yang harganya di kilang sahaja sebelum ini ada yang mencecah 650 euro sebuah dan setakat ini hanya ada 12 buah sahaja di dunia,” jelasnya. SINI

COMMENTS

Name

Info Teluk Paku,23,Jenayah,2,Nasional,5,Pendidikan & Agama,3,politik,5,Rencana,3,Semasa,8,Sukan,5,Terkini,9,
ltr
item
Saya Anak Teluk Paku: PAS MEMPUNYAI PENYAKIT SINDROM MEMBAZIR - MASUK TABUNG JIHAD
PAS MEMPUNYAI PENYAKIT SINDROM MEMBAZIR - MASUK TABUNG JIHAD
http://1.bp.blogspot.com/-FkwxdcsbxiY/UU7tFhWNYpI/AAAAAAAAAZc/NFtXiE-sC-Y/s1600/popcorn.gif
http://1.bp.blogspot.com/-FkwxdcsbxiY/UU7tFhWNYpI/AAAAAAAAAZc/NFtXiE-sC-Y/s72-c/popcorn.gif
Saya Anak Teluk Paku
http://www.telukpaku.net/2014/04/pas-mempunyai-penyakit-sindrom-membazir.html
http://www.telukpaku.net/
http://www.telukpaku.net/
http://www.telukpaku.net/2014/04/pas-mempunyai-penyakit-sindrom-membazir.html
true
7970942025005080881
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy