PEMUDA UMNO TERENGGANU LANCAR KEMPEN "JOM JADI AHLI UMNO"

Kuala Terengganu – Pergerakan Pemuda UMNO Terengganu berikrar berdiri teguh di belakang Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Ahmad Said.
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO negeri, Mohd Johari Abu Bakar berkata untuk memperkukuh dan mengembalikan kegemilangan UMNO negeri, Pemuda UMNO harus memberi sokongan padu kepada pucuk pimpinan parti.
“Sekarang kami mahu bekerja keras dan mengikut apa saja yang diarahkan oleh ketua kami.
“Kami Pemuda UMNO Terenganu berdiri teguh di belakang Datuk Seri walau apapun terjadi kerana kami ingin memastikan UMNO/Barisan Nasional (BN) Terengganu cemerlang pada Pilihan Raya Umum Ke-14 nanti,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Santai Pemuda UMNO Terengganu bersama Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said, di sini malam tadi.
Mohd Johari berkata, pada PRU-14 nanti terdapat kira-kira lima juta pengundi baharu di seluruh negara yang akan keluar mengundi.
“Sehubungan itu kami sekarang akan menumpukan kepada pengundi baharu dan melancarkan kempen keahlian dan daftar pemilih Pemuda UMNO di seluruh negeri,” katanya.
Sementara itu, Ahmad berkata Badan Perhubungan UMNO Terengganu akan membantu Pemuda bagi menjalankan pelbagai aktiviti terutama dalam usaha memperkuatkan parti, bersam Pergerakan Wanita dan Puter UMNO juga.
Ahmad berharap, ketiga-tiga sayap parti itu bersatu tenaga dan berusaha bersungguh-sungguh bagi memenangi kembali kerusi yang terlepas kepada pembangkang dan mempertahankan kerusi yang ada.
Pada PRU-13, UMNO/BN negeri hampir kecundang apabila hanya memenangi 17 daripada 32 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan menang empat kerusi Parlimen, sama banyak dengan pembangkang. -bernama

COMMENTS

Name

Info Teluk Paku,23,Jenayah,2,Nasional,5,Pendidikan & Agama,3,politik,5,Rencana,3,Semasa,8,Sukan,5,Terkini,9,
ltr
item
Saya Anak Teluk Paku: PEMUDA UMNO TERENGGANU LANCAR KEMPEN "JOM JADI AHLI UMNO"
PEMUDA UMNO TERENGGANU LANCAR KEMPEN "JOM JADI AHLI UMNO"
http://4.bp.blogspot.com/-UlYHQG1KGQY/U1inOtoa7uI/AAAAAAAABBc/ykkY1ny1alw/s1600/IMG-20140424-WA0005.jpg
http://4.bp.blogspot.com/-UlYHQG1KGQY/U1inOtoa7uI/AAAAAAAABBc/ykkY1ny1alw/s72-c/IMG-20140424-WA0005.jpg
Saya Anak Teluk Paku
http://www.telukpaku.net/2014/04/pemuda-umno-terengganu-lancar-kempen.html
http://www.telukpaku.net/
http://www.telukpaku.net/
http://www.telukpaku.net/2014/04/pemuda-umno-terengganu-lancar-kempen.html
true
7970942025005080881
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy