Syarat-Syarat Kejohanan SepakTakraw 1 Malaysia....

LINK UTAMA : etmprima.com
MAKLUMAT DAN PERATURAN
KEJOHANAN SEPAKTAKRAW 1 MALAYSIA
1. NAMA PERTANDINGAN
Pertandingan Sepaktakraw ini dikenali sebagai KEJOHANAN SEPAKTAKRAW 1 MALAYSIA 2014
2. KATEGORI PERTANDINGAN
Terdapat  3 kategori yang dipertandingkan iaitu :
2.1    KATEGORI TERBUKA (Bermain pada 7-8 Jun 2014)
2.1.1    Pemain-pemain yang pernah mewakili negara, negeri, ATM atau PDRM dan Piala Emas Khir Johari bermula tahun 2011-2014 serta SUKMA Perlis yang bakal berlangsung pada 24 Mei hingga 4 Jun 2014 hanya satu (1) orang sahaja dibenarkan bermain dalam setiap regu.
2.1.2    Pemain-Pemain yang berumur 46 tahun ke atas dikecualikan daripada perkara 2.1.1.

2.2    KATEGORI BAWAH 18 TAHUN (Bermain pada 6 Jun 2014)
Pemain-pemain yang pernah mewakili negara, negeri, ATM atau PDRM dan Piala Emas Khir Johari serta SUKMA Perlis yang bakal berlangsung pada 24 Mei hingga 4 Jun 2014 hanya satu (1) orang sahaja dibenarkan bermain dalam setiap regu. Hanya pemain yang lahir pada  atau  selepas tahun 1996 sahaja yang dibenarkan untuk bermain bagi kategori ini.

2.3    KATEGORI VETERAN (Bermain pada 6 Jun 2014)
Bagi ketegori veteran, pemain-pemain mestilah berumur 46 tahun ke atas atau lahir pada tahun 1968 dan ke bawah sahaja.

SETIAP PEMAIN HANYA DIBENARKAN MENYERTAI SATU (1) KATEGORI SAHAJA.
SEMUA PERLAWANAN AKHIR AKAN BERMAIN PADA 8 JUN 2014
3.  PENGANJUR KEJOHANAN
Kejohanan ini adalah anjuran Gerakan Belia 4B (M) Kuala Terengganu,
EmizanTrading & Marketing dan ETM Prima Sdn. Bhd.
4.  OBJEKTIF PERTANDINGAN
Pertandingan ini dijalankan untuk :-
4.1    Menarik minat semua rakyat Malaysia kepada Sukan Sepaktakraw; dan
4.2    Cuba meningkatkan lagi kegemilangan Sukan Sepaktakraw di Malaysia.
5.  PENYERTAAN
5.1    Penyertaan adalah terbuka kepada semua, Persatuan Sepaktakraw, Kelab – kelab Sepaktakraw IPTA/S, Sekolah dan seluruh RAKYAT MALAYSIA sahaja.
5.2    Setiap regu boleh mendaftar minima 3 orang pemain, 1 orang pemain simpanan, seorang pengurus dan seorang jurulatih. Aspek komposisi kaum adalah amat digalakkan.
5.3    Hanya pemain yang telah didaftarkan sahaja yang layak bermain dan setiap pemain hanya boleh bermain dalam satu kategori sahaja.
5.4    Penganjur atau pengadil berhak menolak atau membatalkan penyertaan regu tersebut jika telah melanggar mana-mana syarat yang telah ditetapkan. Setiap regu yang telah mendaftar dan membuat pembayaran akan kehilanggan yuran penyertaan sekiranya melanggar atau dengan sengaja tidak mematuhi mana-mana syarat yang telah dinyatakan.
6.  PERATURAN
6.1    Sebarang perkara yang tidak dinyatakan dalam Peraturan dan Undang-undang ini akan diputuskan seperti berikut :
6.1.1    Perkara Am berbangkit akan diputuskan oleh Jawatakuasa Kejohanan;
6.1.2    Perkara berbangkit berkaiatan teknikal dan pengadilan akan diputuskan oleh Jawatankuasa Teknikal Kejohanan; dan
6.1.3    Sebarang perkara yang tidak dinyatakan didalam Peraturan dan Undang-Undang  Kejohanan ini akan merujuk UNDANG-UNDANG PERMAINAN SEPAKTAKRAW ISTAF yang berkuatkuasa pada ketika ini.
7.  BORANG DAN BAYARAN PENYERTAAN
7.1    Borang penyertaan dan keterangan lanjut boleh hubungi:

TUAN AZMAN SHAH BIN TUAN ALIAS    019 - 951 9782
AZWAN NIZAM BIN AYOB            019 - 907 3200

7.1.1    Atau Laman Web : www.etmprima.com
7.2    Setiap regu yang ingin menyertai pertandingan ini dikenakan yuran penyertaan sebanyak :
KATEGORI
YURAN
Terbuka
RM 180.00
Bawah 18
RM 70.00
Vateran
RM 70.00
Semua bayaran haruslah dibuat kepada akaun seperti berikut:-
NAMA AKAUN    :    AZWAN NIZAM BIN AYOB
NAMA BANK        :    MAYBANK
NO AKAUN        :    1630 1942 6522
(SILA FAX SALINAN PENYATA KE NO 09-6242324 ATAU WHATSAPP KE NO HP: 019 951 9782)
HANYA REGU YANG MENJELASKAN YURAN PENYERTAAN SAHAJA DIKIRA BERDAFTAR SECARA RASMI DAN SENARIA PASUKAN YANG BERDAFTAR AKAN DI PAMER PADA PAGE FB (Sila Like) : KEJOHANAN SEPAKTAKRAW 1 MALAYSIA

7.3    Tarikh tutup penyertaan  adalah pada : 4 Jun 2014
8.  SISTEM PERTANDINGAN
8.1    Pertandingan bagi Kategori Terbuka akan berlangsung secara Liga sekiranya pasukan bertanding kurang daripada 80 pasukan. Sekiranya pasukan berdaftar melebihi 80 Regu, pertandingan akan dijalankan secara Kalah Singkir.
8.2    Bagi Kategori Bawah 18 dan Veteran akan berlangsung secara Liga sekiranya pasukan bertanding kurang daripada 40 pasukan. Sekiranya pasukan berdaftara melebihi 40 Regu, pertandingan akan dijalankan secara Kalah Singkir.
8.3    Pertandingan ini akan menggunakan sistem kiraan mata terkini yang dipraktikkan oleh ISTAF.
9.   PENGUNDIAN :
9.1    Majlis cabutan undi akan diadakan  pada 4 Jun 2014 pada jam 8.00 pm. Sila dapatkan maklumat yang terkini melalui laman sesawang kejohanan.
9.2    Pasukan yang menyertai kejohanan ini hendaklah menghantar wakil untuk majlis undian ini.
9.3    Jika wakil tidak ada, maka pihak penganjur akan meneruskan undian dan keputusan undian adalah muktamad.
10.  HADIAH-HADIAH TUNAI BAGI KESEMUA KATEGORI.
11.  PENGADILAN :
11.1    Semua pertandingan akan diadili oleh Pengadil-Pengadil Bertauliah yang dilantik oleh Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM)
11.2    Keputusan Pengadil adalah muktamad.
12. BANTAHAN / RAYUAN
12.1    Semua bantahan / rayuan hendaklah dikemukakan secara bertulis oleh Pengurus Pasukan berkenaan kepada Juri Rayuan tidak lewat dari 30 mint selepas sahaja perlawanan berkenaan tamat.
12.2    Hanya pengurus atau jurulatih pasukan yang layak membuat bantahan dan boring bantahan boleh di dapati dari pihak penganjur.
12.3    Tiap-tiap bantahan / rayuan hendaklah di sertakan dengan wang tunai sebanyak RM 500.00 sebagai wang pertaruhan (lampiran bukti bertulis atau bergambar).
12.4    Wang pertaruhan ini tidak akan di kembalikan jika bantahan / rayuan di tolak.
12.5    Juri Rayuan akan di anggotai oleh :
i.    Ketua yang dilantik oleh Penganjur
ii.    Seorang Wakil Persatuan Sepaktakraw Negeri Terengganu
iii.    Pengadil Rasmi.
iv.    Dua orang Pengurus Pasukan yang tidak terlibat dengan bantahan /rayuan.

12.6     Juri Rayuan akan mengadakan mesyuarat dalam masa 30 minit (1/2 jam) selepas sahaja menerima bantahan/rayuan.
12.7    Keputusan mesyuarat akan di umumkan oleh Pengerusi Juri Rayuan selepas sahaja keputusan di capai.
12.8    Sebarang keputusan yang dibuat oleh Juri rayuan adalah muktamad.
13. PAKAIAN
13.1    Setiap regu yang bertanding dimestikan memakai jersi yang seragam dan bernombor depan dan belakang ( sama warna dan jenis ) pemain digalakkan menutup aurat. Seluar trek bottom dan seluar tree couter sama sesakali tidak dibenarkan dipakai semasa bermain didalam kejohanan ini.
13.2    Pemain berkenaan hendaklah memakai jersi yang seragam dan bernombor yang sama di sepanjang kejohanan ini. Kegagalan regu mematuhi peraturan pakaian akan diambil tindakan digugurkan dalam pertandingan ini.
13.3    Ketua regu diwajibkan memakai “ Arm Band “
13.4    Pegawai, Pengurus dan Jurulatih diwajibkan berpakaian kemas ( berkasut lengkap berstokin )sepanjang tempoh kejohanan berlangsung terutamanya semasa majlis penyampaian hadiah. Mana-mana Pegawai, Pengurus dan Jurulatih yang gagal berbuat demikian boleh dikenakan tindakan tata tertib termasuklah dilayangkan kad merah.
14. KESELAMATAN DAN TANGGUNGJAWAB
14.1    Pihak Penganjur tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kecederaan atau keselamatan semasa kejohanan.
14.2    Semua pegawai, pemain dan pasukan yang mengambil bahagian dalam kejohanan ini adalah melakukannya dengan kemahuan sendiri secara sukarela.
15.  Tarikh akhir pertukaran nama pemain bersamaan dengan tarikh tutup kejohanan. Pertukaran nama pemain selepas tarikh tersebut tidak akan dilayan.
16.  Setiap regu diwajibkan untuk membawa borang penyertaan asal (diisi lengkap) yang disediakan oleh pihak penganjur berserta slip bayaran dan salinan kad pengenalan pemain semasa pengesahan pendaftaran.
17.  PERKARA AM
Pertandingan ini masih tertakluk kepada Peraturan ISTAF yang terkini akan tetapi pihak penganjur berhak sepenuhnya untuk membuat sebarang perubahan dan pindaan peraturan pada bila-bila masa mengikut kesesuaian yang difikirkan perlu oleh penganjur kejohanan.

COMMENTS

Name

Info Teluk Paku,24,Jenayah,2,Nasional,5,Pendidikan & Agama,3,politik,5,Rencana,3,Semasa,8,Sukan,5,Terkini,9,
ltr
item
Saya Anak Teluk Paku: Syarat-Syarat Kejohanan SepakTakraw 1 Malaysia....
Syarat-Syarat Kejohanan SepakTakraw 1 Malaysia....
http://1.bp.blogspot.com/--_xukBrZET8/U1NbhahSkvI/AAAAAAAABA8/6fzK53dRbT8/s1600/etmprima.jpg
http://1.bp.blogspot.com/--_xukBrZET8/U1NbhahSkvI/AAAAAAAABA8/6fzK53dRbT8/s72-c/etmprima.jpg
Saya Anak Teluk Paku
http://www.telukpaku.net/2014/04/syarat-syarat-kejohanan-sepaktakraw-1.html
http://www.telukpaku.net/
http://www.telukpaku.net/
http://www.telukpaku.net/2014/04/syarat-syarat-kejohanan-sepaktakraw-1.html
true
7970942025005080881
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy