Sejarah Kampung Teluk Paku, Kuala Terengganu...

Kampung Teluk Paku terletak lebih kurang 9 kilometer dari pusat bandar Kuala Terengganu.  Untuk ke Kampung Teluk Paku dari bandar Kuala Terengganu, pengunjung boleh melalui Jalan Kuala Berang ke Wakaf Mempelam ke Kampung Gelugor Raja ataupun melalui Jalan Pasir Panjang ke Kampung Pak Bang ke Kampung Pak Pa ke Gelugor Raja dan seterusnya ke Kampung Teluk Paku. 

Keluasan Kampung Teluk Paku ialah sekitar 5 kilometer persegi dengan jumlah penduduk seramai 737 orang yang ke semuanya berbangsa Melayu 1. Kebanyakkan ahli kampung ini pada zaman dahulu bekerja sebagai petani, penternak dan peniaga.  Hasil pertanian padi yang diusahakan akan dipasarkan secara kecil-kecilan bagi menampung kehidupan. Mereka akan menjual hasil pertanian mereka kepada penduduk yang tidak mengusahakan sektor pertanian atau menjual kepada penduduk kampung lain. 

Aktiviti sampingan mereka pula adalah bercucuk tanam seperti menanam ubi kayu. Mereka mengusahakan tanaman ini dengan menanam ubi-ubian ini berhampiran kediaman mereka. Ekonomi Kampung Teluk Paku yang terkenal pada zaman ini ialah tanaman padi, penjualan manisan, penanaman tembakau dan juga tenunan songket 2 .

Unit Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK)  telah ditubuhkan pada tahun 1997 . Sebelum itu Kampung Teluk Paku adalah di bawah kendalian JKKK Gelugor Raja yang mana beberapa wakil dari Teluk Paku telah dipilih menganggotai jawatankuasa tersebut. Bagi memenuhi keperluan dan juga kehendak semasa adalah baik jika kampung Teluk Paku mempunyai sebuah jawatankuasa khusus bagi mentadbir perjalanan institusi setempat. 

Dengan segala daya usaha serta berkat kerjasama beberapa pihak maka pada tahun 1997 wujudlah sebuah institusi kampung yang di namakan JKKK Teluk Paku 3.Tujuan utama unit jawatankuasa ini ditubuhkan adalah untuk memajukan ekonomi mereka selain meningkatkan segala infrastuktur yang sedia ada. Selain itu, bagi membina sebuah kampung yang maju, mereka menganggap kesemua penduduk kampung ini sebagai adik-beradik. Mereka menjadikan kampung ini sebagai sebuah keluarga. Selain itu, badan-badan lain seperti biro jawatankuasa surau dan Gerakan Belia 4B telah ditubuhkan pada 22 Mei 1999 . 

Terdapat pelbagai keistimewaan yang terdapat di kampung ini. Antara keistimewaan kampung ini ialah pada suatu ketika dahulu Dato’ Syafie, mantan menteri Kuala Terengganu, telah datang ke kampung ini pada awal 80-an untuk meninjau infrasturtur yang terdapat di kampung ini. Beliaulah yang menyumbangkan dana untuk membina jalan di kampung ini.  Oleh itu, pada tahun 1984, sebatang jalan bertar dapat didirikan 4. 

Seterusnya, pada tahun 1988 ,apabila Kampung Teluk Paku menyertai suatu pertandingan iaitu pertandingan kebersihan dan keindahan kampung. Kampung ini telah berjaya menewaskan kampung-kampung lain dan menempah tempat untuk mewakili kampung di peringkat daerah 5. Kejayaan yang amat membanggakan ini telah dijadikan satu pegangan untuk terus menapak lebih maju dalam semua pertandingan yang dianjurkan. 

Kajian dijalankan bertujuan untuk mengkaji Kampung Teluk Paku dan memperkenalkan kampung ini agar lebih dikenali umum. Hal ini demikian kerana, kampung ini tidak terlalu dikenali orang ramai. Selain itu, saya ingin memperkenalkan asal usul kampung ini kepada orang ramai dan kepelbagaian kegiatan ekonomi, infrastuktur, perubahan pendidikan, dan perubahan-perubahan lain yang telah berjaya dijalankan di Kampung Teluk Paku. 

Di samping itu, saya juga mendapat pelbagai masalah sepanjang saya menjalankan kajian di kampung ini. Antaranya, rata-rata masyarakat di luar sana tidak begitu mengenali Kampung Teluk Paku. Hal ini menyukarkan saya untuk menjejaki kampung ini. Namun, disebalik cerita yang diceritakan oleh kawan-kawan mengenai kampung ini, saya tertarik untuk meninjau sendiri keunikan kampung ini. 

Artikel ASAL : Nurul Aslizawati Binti Ayob


COMMENTS

Name

Info Teluk Paku,24,Jenayah,2,Nasional,5,Pendidikan & Agama,3,politik,5,Rencana,3,Semasa,8,Sukan,5,Terkini,9,
ltr
item
Saya Anak Teluk Paku: Sejarah Kampung Teluk Paku, Kuala Terengganu...
Sejarah Kampung Teluk Paku, Kuala Terengganu...
http://4.bp.blogspot.com/-HyMfEzrsiT8/U3vzWNmHn4I/AAAAAAAABFs/uhuMBEdCNHM/s1600/fern.gif
http://4.bp.blogspot.com/-HyMfEzrsiT8/U3vzWNmHn4I/AAAAAAAABFs/uhuMBEdCNHM/s72-c/fern.gif
Saya Anak Teluk Paku
http://www.telukpaku.net/2014/05/sejarah-kampung-teluk-paku-kuala.html
http://www.telukpaku.net/
http://www.telukpaku.net/
http://www.telukpaku.net/2014/05/sejarah-kampung-teluk-paku-kuala.html
true
7970942025005080881
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy