TIADA CUTI KHAS 17 MEI.... SUK TERENGGANU SAHKAN ....

Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Dato’  Mazlan Ngah menafikan kenyataan yang tersebar di laman sosial berhubung Menteri Besar  Dato’ Ahmad Razif Abd Rahman mengumumkan 17 Mei ini (Sabtu) sebagai cuti umum khas di Terengganu,  sempena kenduri kesyukuran anak bekas Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Said.

“Yang pertamanya (sidang akhbar ) adalah mengenai cuti yang disebarkan secara meluas di dalam blog pada hari Sabtu, 17 Mei 2014  dan sebagai gantinya pada 18 Mei itu yang disebarkan oleh blog dan di sini kerana masa yang agak singkat sebabkan hari ini hari khamis  saya terpaksa panggil sidang akhbar untuk menafikan sekeras-kerasnya  mengenai apa yang telah disebarkan dalam blog.

“Sememangnya 17 Mei  hari cuti ( hujung minggu) tapi apabila dilanjutkan  (keesokannya) sebab cuti ganti pada hari Sabtu, saya menafikan sekeras-kerasnya ..tidak cuti,” katanya di sidang media di Bilik Mesyuarat Tingkat 15, Wisma Darul Iman, hari ini.

Mazlan yang kesal dengan penyebaran tidak bertanggungjawab itu turut menafikan dakwaan di blog mengenai kenderaan rasmi Menteri Besar diambil serta-merta di Kediaman Seri Iman, Kuala Terengganu sebelum dibawa ke Pejabat SUK.

“Dalam hal ini, menimbulkan salah faham kepada orang ramai apa yang dipaparkan dalam blog berkenaan kerana kenderaan itu kita perlu ambil sebagai kegunaan Menteri Besar,  YAB Dato’ Ahmad Razif pada pagi semalam oleh kerana beliau datang ke pejabat (memulakan tugas) perlu ada kenderaan rasmi untuk kegunaan beliau. Tetapi,  Dato’ Ahmad Razif menggunakan kenderaan peribadi beliau maka tidak menggunakan kenderaan rasmi kerajaan,” katanya.

Menurutnya,  sebagai ketua pentadbiran kerajaan beliau perlu membetulkan keadaan kerana kereta rasmi Menteri Besar Terengganu yang dibawa ke Pejabat SUK itu tidak digunakan secara tergesa-gesa sebagaimana dakwaan yang timbul.

Terdahulu, dalam laporan Teganukita.my, semalam  Unit Komunikasi Negeri (Ukom) menafikan catatan yang tersebar di laman sosial Facebook  (FB) kononnya Menteri Besar yang baharu, Dato’ Ahmad Razif Abd Rahman mengumumkan 17 Mei ini sebagai cuti umum khas di Terengganu sempena kenduri kesyukuran anak bekas Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Said.

Pihak Ukom menegaskan bahawa penyebaran berita palsu adalah perbuatan keji dan meminta orang ramai tidak mempercayai perkara tersebut.

Selain disebarkan di blog dan aplikasi WhatsApp, facebook milik Ahli Parlimen PAS Kuala Nerus, Dr. Khairuddin at-Takiri turut menyebarkan fitnah mengenai cuti umum khas berkenaan.
teganukita.my

COMMENTS

Name

Info Teluk Paku,22,Jenayah,2,Nasional,5,Pendidikan & Agama,3,politik,5,Rencana,3,Semasa,8,Sukan,5,Terkini,9,
ltr
item
Saya Anak Teluk Paku: TIADA CUTI KHAS 17 MEI.... SUK TERENGGANU SAHKAN ....
TIADA CUTI KHAS 17 MEI.... SUK TERENGGANU SAHKAN ....
http://3.bp.blogspot.com/-cObM__weMUY/U3RcUZkyvYI/AAAAAAAABFE/ZYjo0JBOFEw/s1600/Untitled.png
http://3.bp.blogspot.com/-cObM__weMUY/U3RcUZkyvYI/AAAAAAAABFE/ZYjo0JBOFEw/s72-c/Untitled.png
Saya Anak Teluk Paku
http://www.telukpaku.net/2014/05/tiada-cuti-khas-17-mei-suk-terengganu.html
http://www.telukpaku.net/
http://www.telukpaku.net/
http://www.telukpaku.net/2014/05/tiada-cuti-khas-17-mei-suk-terengganu.html
true
7970942025005080881
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy