UMNO BAHAGIAN MENGGORAK LANGKAH MENONGKAH ARUS DEMI AHLI-AHLI NYA - KOPERASI PEMBANGUNAN RAKYAT KUALA TERENGGANU



Penubuhan Koperasi Pembangunan Rakyat Parlimen Kuala Terengganu akan menjadi satu `modus operandi’ bagi membantu rakyat dan mendekati semua pihak termasuk di kalangan bukan ahli Umno,  kata Dato’ Sri Hasan Malik.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) berkata demikian ketika  berucap sempena pelancaran Koperasi Pembangunan Rakyat Parlimen Kuala Terengganu, di Bangunan Umno Gong Kapas, Kuala Terengganu, hari ini.

Hadir sama, Ketua Umno Bahagian Kuala Terengganu, Datuk Mohd Sabri Alwi; Naib Ketuanya, Encik Badrol Hisham Zaki; Ketua Wanita, Puan Rozalina Mokhtar ; Ketua Pemuda, Dr Najmil Fais Mohamad Aris dan Ketua Puteri, Puan Nia Notieya Zaharuddin.

unnamed

“Saya percaya Umno Bahagian Kuala Terengganu mempunyai kekuatan dan kelebihan yang  tersendiri. Malah, penubuhan koperasi kali ini sejajar dengan peranan Umno itu sendiri yang sentiasa berusaha memberi peluang dan bantuan kepada rakyat.

“Kehadiran saya bagi merasmikan koperasi ini membuktikan kementerian saya begitu serius untuk memastikan lebih banyak koperasi di negara ini diwujudkan termasuk Koperasi Pembangunan Rakyat Parlimen Kuala Terengganu supaya dapat bergerak maju dan berdaya saing sebagaimana koperasi di negara lain.Ini hasrat saya,”katanya.

Hasan berkata, sokongan dan dokongan oleh semua pihak termasuk Suruhanjaya Koperasi Malaysia  dan KPDNKK terhadap penubuhan koperasi berkenaan dapat merealisasikan matlamat menjana ekonomi penduduk malah menyatupadukan masyarakat setempat dalam gerakan kerjasama yang erat serta padu dalam menempuhi cabaran semasa.

Di majlis itu, beliau turut meluluskan dana permulaan sebanyak RM30,000 kepada koperasi itu bergerak dan akan menambah peruntukan dari masa ke semasa bergantung kepada prestasi badan itu di masa depan.

Sementara itu, Sabri berkata pihaknya mensasarkan  seramai 2,700 ahli Umno bahagian itu akan menganggotai  koperasi yang menetapkan nilai saham minima RM100 dan maksimum RM3,000.

“Kita berhasrat untuk melihat sekurang-kurangnya koperasi ini mampu menjadi sumber pendapatan kepada ahli koperasi itu sendiri.

“Setakat ini, kita daftarkan jawatankuasa kanan Umno Bahagian Kuala Terengganu terlebih dahulu yang berjumlah 120 orang. Selepas selesai penubuhan, dalam tempoh dua minggu lagi kita akan edarkan borang melalui cawangan supaya mereka mengisi dan menghantarnya semula kepada kita,” katanya.

Katanya, koperasi itu juga tidak hanya terikat kepada ahli Umno semata-mata berikutan turut terbuka keanggotaannya kepada  golongan  `atas pagar’ dan bukan ahli Umno yang berminat. teganukita.my

COMMENTS

Name

Info Teluk Paku,22,Jenayah,2,Nasional,5,Pendidikan & Agama,3,politik,5,Rencana,3,Semasa,8,Sukan,5,Terkini,9,
ltr
item
Saya Anak Teluk Paku: UMNO BAHAGIAN MENGGORAK LANGKAH MENONGKAH ARUS DEMI AHLI-AHLI NYA - KOPERASI PEMBANGUNAN RAKYAT KUALA TERENGGANU
UMNO BAHAGIAN MENGGORAK LANGKAH MENONGKAH ARUS DEMI AHLI-AHLI NYA - KOPERASI PEMBANGUNAN RAKYAT KUALA TERENGGANU
http://1.bp.blogspot.com/-EZsbwIBnKjk/U27I6i6ZpRI/AAAAAAAABEI/zqTFmU9-HM0/s1600/ubkt.jpg
http://1.bp.blogspot.com/-EZsbwIBnKjk/U27I6i6ZpRI/AAAAAAAABEI/zqTFmU9-HM0/s72-c/ubkt.jpg
Saya Anak Teluk Paku
http://www.telukpaku.net/2014/05/umno-bahagian-menggorak-langkah.html
http://www.telukpaku.net/
http://www.telukpaku.net/
http://www.telukpaku.net/2014/05/umno-bahagian-menggorak-langkah.html
true
7970942025005080881
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy