PERTUKARAN BIRO BARU BAGI MENAMBAH NILAI GERAKAN UMNO TERENGGANU


2 (21)
Ahmad Razif mempengerusikan mesyuarat pertama sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri di ibu pejabat UMNO Negeri, Kuala Terengganu malam tadi. Foto oleh Harish Fadzillah.
Barisan kepimpinan UMNO Terengganu dirombak semula dengan menyaksikan pelantikan 10 pengerusi biro yang baru.
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri yang juga Menteri Besar, Dato’ Ahmad Razif Abd Rahman berkata, perlantikan itu dibuat sebagai sebahagian daripada usaha memberi nafas baru kepada pentadbiran parti.
Beliau mengumumkan perkara tersebut selepas mempengerusikan mesyuarat Badan Perhubungan UMNO Negeri di ibu pejabat UMNO Negeri yang berakhir kira-kira pukul 1 pagi tadi.
Ia merupakan mesyuarat pertama Ahmad Razif selepas dilantik menjadi Pengerusi UMNO Negeri oleh Presiden UMNO, Dato’ Sri Najib Razak.
Rombakan yang diumumkan adalah seperti berikut:
Pengerusi Biro Perlembagaan, YB. Nawi Mohamad (Ketua UMNO Bahagian Besut)
Pengerusi Biro Pendidikan, YB. A. Latiff Awang (Ketua UMNO Bahagian Marang)
Pengerusi Biro Latihan, Dato’ Din Adam (Ketua UMNO Bahagian Dungun)
Pengerusi Biro Keahlian dan Daftar Pemilih, Datuk Mohd Sabri Alwi (Ketua UMNO Bahagian Kuala Terengganu)
Pengerusi Biro Ekonomi, YBM. Dato’ Tengku Putera Tengku Awang
Pengerusi Biro Petunjuk Prestasi Utama (KPI), YB. Muhammad Pehimi Yusof (Setiausaha UMNO Negeri)
Pengerusi Biro Penerangan, YB. Wan Abdul Hakim Wan Mokhtar (Ketua Penerangan UMNO Negeri)
Pengerusi Biro Kebajikan, YB. Dato’ Rozi Mamat (Timbalan Ketua UMNO Bahagian Hulu Terengganu)
Pengerusi Biro Media Siber, Mohd Johari Abu Bakar (Ketua Pemuda UMNO Negeri)
Pengerusi Biro Agama, Ustaz Rusdi Muda (Setiausaha Politik Kepada Menteri Besar)
3 (13)
Tambah beliau, rombakan biro-biro tersebut mengikut ketetapan yang dibuat oleh Majlis Tertinggi UMNO.
Awal bulan lalu, Ahmad Razif telah mengumumkan perlantikan Pehimi sebagai Setiausaha UMNO Negeri menggantikan Tengku Putera.
Bendahari UMNO  Bahagian Kuala Terengganu, Mohd Nasir Yusof pula dilantik memegang jawatan Bendahari UMNO Negeri menggantikan Nik Dir Nik Wan Ku sementara Dato’ Abdul Rahman Bakar digantikan dengan Wan Abdul Hakim sebagai Ketua Penerangan.
Ketua UMNO Bahagian Hulu Terengganu yang juga Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Dato’ Jailani Johari kekal sebagai Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri.
Jelasnya, perlantikan Ketua UMNO Bahagian Setiu, Dato’ Mohd Jidin Shafee sebagai Pengarah Starategi UMNO Negeri bagi memberi fokus kepada usaha merampas semula kerusi-kerusi DUN dan Parlimen yang kalah.
Mesyuarat itu dihadiri oleh semua Ketua UMNO Bahagian serta Ketua-Ketua sayap Wanita, Pemuda dan Puteri kecuali Ketua UMNO Bahagian Kemaman, Dato’ Seri Ahmad Said yang juga mantan Menteri Besar.
Turut hadir, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kuala Nerus, Dato’ Basir Ismail.

COMMENTS

Name

Info Teluk Paku,24,Jenayah,2,Nasional,5,Pendidikan & Agama,3,politik,5,Rencana,3,Semasa,8,Sukan,5,Terkini,9,
ltr
item
Saya Anak Teluk Paku: PERTUKARAN BIRO BARU BAGI MENAMBAH NILAI GERAKAN UMNO TERENGGANU
PERTUKARAN BIRO BARU BAGI MENAMBAH NILAI GERAKAN UMNO TERENGGANU
http://teganukita.my/tkv1/wp-content/uploads/2014/08/2-21.jpg
Saya Anak Teluk Paku
http://www.telukpaku.net/2014/08/pertukaran-biro-baru-bagi-menambah.html
http://www.telukpaku.net/
http://www.telukpaku.net/
http://www.telukpaku.net/2014/08/pertukaran-biro-baru-bagi-menambah.html
true
7970942025005080881
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy