HUTANG WAJIB DIBAYAR Walau Apa Keadaan SEKALI PUNG....

Yayasan Terengganu (YT) merekodkan 4,246 peminjam berdepan tindakan undang-undang sekiranya gagal melunaskan bayaran balik berjumlah RM18,845,586 sejak 1972.

Tindakan mahkamah bakal dikenakan kepada 17.5 peratus daripada 24,322 peminjam yang sedang dituntut dengan jumlah tuntutan keseluruhan RM127,570,357.

Pengarahnya, Mohamad Sulong berkata, pihak YT turut membuat tuntutan kepada 24,322 peminjam menerusi penghantaran surat peringatan dan notis amaran.

“YT sudah menuntut bayaran balik pinjaman sejak penubuhannya pada 1972 sehingga sekarang kira-kira RM444 juta membabitkan 58,136 peminjam. Manakala daripada jumlah itu, sebanyak RM205,695,092 sudah dilunaskan sehingga kini.

“Kita hantar untuk tindakan mahkamah membabitkan 4,246 daripada 24,322 peminjam keseluruhannya. Jadi masih ramai yang liat dan gagal menjelaskan pinjaman itu terpaksa dikenakan tindakan perundangan selepas semua usaha secara diplomasi menemui jalan buntu,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian wang bantuan Pendidikan YT kepada Pelajar Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM), di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, semalam.

Sejak penubuhan YT 42 tahun lalu, badan itu menyalurkan pinjaman sebanyak RM663,668,510 kepada 125,785 peminjam yang melanjutkan pelajaran di dalam dan luar negara.

Mohamad berkata, kaedah memperkenalkan diskaun khas kepada peminjam yang dapat menjelaskan pinjaman mereka pada tahun lalu menyebabkan kadar bayaran balik meningkat dengan baik, iaitu mencatat kutipan hampir RM15 juta sepanjang 2013.

“Pada tahun ini jumlah kutipan menurun dan hanya merekodkan RM7.6 juta setakat 3 September berikutan kita tidak melaksanakan kadar diskaun itu lagi dan mungkin memperkenalkan konsep yang sama selepas ini bagi memastikan kutipan bertambah dengan baik.

COMMENTS

Name

Info Teluk Paku,24,Jenayah,2,Nasional,5,Pendidikan & Agama,3,politik,5,Rencana,3,Semasa,8,Sukan,5,Terkini,9,
ltr
item
Saya Anak Teluk Paku: HUTANG WAJIB DIBAYAR Walau Apa Keadaan SEKALI PUNG....
HUTANG WAJIB DIBAYAR Walau Apa Keadaan SEKALI PUNG....
http://1.bp.blogspot.com/-rWX91G8d9jo/VBgFRYMxVAI/AAAAAAAAMA4/lXW3E7kHSj0/s1600/download%2B(1).jpg
http://1.bp.blogspot.com/-rWX91G8d9jo/VBgFRYMxVAI/AAAAAAAAMA4/lXW3E7kHSj0/s72-c/download%2B(1).jpg
Saya Anak Teluk Paku
http://www.telukpaku.net/2014/09/hutang-wajib-dibayaa-sekali-pung.html
http://www.telukpaku.net/
http://www.telukpaku.net/
http://www.telukpaku.net/2014/09/hutang-wajib-dibayaa-sekali-pung.html
true
7970942025005080881
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy