Malaysia Semakin Rasis Sebab UMNO Lemah ?

16 SEPT: Kenyataan pengerusi NGO Negaraku, Zaid Kamaruddin yang mendakwa Malaysia semakin rasis akibat UMNO kini sudah mulai lemah dan hilang pengaruh di kalangan rakyat khususnya bangsa Melayu disifatkan cuba memutar belit fakta, .

Naib Ketua Pemuda UMNO Terengganu, Dr. Najmil Faiz Mohamed Aris berkata, kenyataan Zaid itu jelas menggambarkan bahawa beliau tidak peka dengan senario politik negara yang sebenar dan cuba memanipulasikan kenyataan dan fakta yang sebenarnya.

“Sebenarnya, masyarakat kita semakin rasis adalah disebabkan sikap kepimpinan pembangkang yang disokong orang seperti Zaid. Mereka mengamalkan politik hasutan yang menggunakan isu-isu sensitif seperti kaum dan agama sebagai modal politik mereka. Itu merupakan faktor utama mengapa rakyat semakin rasis,” katanya.

Menurut Najmil, jika Zaid mengatakan UMNO semakin lemah, itu tidak benar sama sekali kerana kekuatan parti ini semakin meningkat dan sokongan orang Melayu sudah kembali kukuh terhadap UMNO.

Katanya, ini terbukti apabila kerusi UMNO semakin meningkat di dalam PRU ke 13 baru-baru ini.

“Namun, apa yang Zaid perlu lihat ialah kehilangan kerusi yang banyak di dalam parti komponen MCA dan MIC di mana kekalahan teruk dua parti komponen itu bukanlah di sebabkan oleh UMNO, tetapi ianya adalah disebabkan orang Cina dan India yang terpengaruh dengan dakyah dan fitnah yang dilemparkan oleh pembangkang,” katanya kepada bnbbc.my.

Beliau diminta mengulas kenyataan Zaid yang disiarkan portal pro pembangkang dengan mendakwa Malaysia semakin rasis sebab UMNO semakin lemah dan menggunakan isu perkauman untuk menarik sokongan.

Najmil turut mempersoalkan dasar perjuangan penubuhan NGO Negaraku yang dilihat semata-mata menjadi suara pembangkang, yang bakal membawa pendekatan politik kebencian dan mencuit sentimen sensitiviti, khususnya pada kaum Melayu sepertimana yang diamalkan oleh pakatan pembangkang.

“Zaid tidak boleh salahkan UMNO dan perlu lihat sendiri kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan oleh kepimpinan pembangkang dalam isu-isu yang menyentuh sensitiviti kaum dan agama,” katanya.

Menurutnya, Isu-isu sensitif berhubung agama dan bangsa jelas bukanlah dibangkitkan oleh UMNO, sebaliknya di provokasikan oleh pemimpin-pemimpin pembangkang di dalam setiap ceramah-ceramah mereka.

“Justeru itu, sekiranya benar NGO Negaraku ini sebuah NGO yang bebas dan berhasrat mahu menamatkan segala isu-isu rasis serta mahu mewujudkan Malaysia yang lebih aman, maka Zaid terlebih dulu perlu menegur kesemua pemimpin-pemimpin tertinggi pakatan pembangkang, khususnya DAPi yang kerap kali bercakap sesuatu yang sering menyinggung perasan kaum lain khususnya orang Melayu,” tegasnya.-bnbbc.my

COMMENTS

Name

Info Teluk Paku,23,Jenayah,2,Nasional,5,Pendidikan & Agama,3,politik,5,Rencana,3,Semasa,8,Sukan,5,Terkini,9,
ltr
item
Saya Anak Teluk Paku: Malaysia Semakin Rasis Sebab UMNO Lemah ?
Malaysia Semakin Rasis Sebab UMNO Lemah ?
http://2.bp.blogspot.com/-PqTA1iHrPP4/VBpnGbjgsNI/AAAAAAAAMEY/C_3LDu9V518/s1600/1544515_881350525208748_1462207895594156039_n.jpg
http://2.bp.blogspot.com/-PqTA1iHrPP4/VBpnGbjgsNI/AAAAAAAAMEY/C_3LDu9V518/s72-c/1544515_881350525208748_1462207895594156039_n.jpg
Saya Anak Teluk Paku
http://www.telukpaku.net/2014/09/malaysia-semakin-rasis-sebab-umno-lemah.html
http://www.telukpaku.net/
http://www.telukpaku.net/
http://www.telukpaku.net/2014/09/malaysia-semakin-rasis-sebab-umno-lemah.html
true
7970942025005080881
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy