PAS Terengganu Haramkan PasMa???

SHAH ALAM –  Badan Perhubungan Pas Terengganu hari ini melarang keras mana-mana ahli Pas Terengganu daripada melibatkan diri dengan Persatuan Umah Sejahtera Malaysia (Pasma).
 
Setiausaha Badan Perhubungan Pas Negeri Terengganu, Muhyidin Abdul Rashid berkata, pencegahan tersebut dikuatkuasakan dengan serta-merta dan ditujukan kepada seluruh badan organisasi Pas Terengganu.

“Larangan ini termasuklah menjadi ahli Pasma, menubuhkan Pasma, dan menghadiri apa-apa program anjuran Pasma.

“Ahli Pas juga dilarang sama sekali untuk memberi  kerjasama kepada program anjuran Pasma dalam apa jua bentuk sekalipun,” tambah Muhyidin melalui kenyataan pada hari ini.

Sebuah portal tempatan pada tarikh 7 September melaporkan, Naib Presiden Pas Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man tidak membenarkan anggota Pas untuk menyertai Pasma sekiranya ia merupakan sebuah pertubuhan parti politik.

Beliau berkata, Pas tidak menggalakkan sekiranya ahlinya untuk menyertai pertubuhan itu jika ia sebuah pertubuhan kebajikan kerana dalam parti Islam itu sendiri sudah mempunyai lajnah kebajikan.

“Kita teliti NGO tersebut dan setakat ini kita tahu pendaftaran adalah bagi tujuan kebajikan bukan parti politik.

“Tapi tidak ada keperluan ahli Pas untuk sertai Pasma kerana kita sendiri pun ada lajnah kebajikan sendiri,” katanya.

Sementara itu,  Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang ketika mengulas mengenai sama ada penubuhan Pasma akan menjurus kepada penubuhan sebuah parti politik atau tidak, beliau berkata, itu terserah kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS).

“Ini amalan negara demokrasi, terpulang kepada Pendaftaran Pertubuhan sama ada nak terima atau tidak. Itu biasalah dalam negara demokrasi ini, ada parti-parti politik,” ujarnya ketika ditemui pemberita baru-baru ini. -SINAR HARIAN

COMMENTS

Name

Info Teluk Paku,24,Jenayah,2,Nasional,5,Pendidikan & Agama,3,politik,5,Rencana,3,Semasa,8,Sukan,5,Terkini,9,
ltr
item
Saya Anak Teluk Paku: PAS Terengganu Haramkan PasMa???
PAS Terengganu Haramkan PasMa???
http://1.bp.blogspot.com/-fztqBtkGYjQ/VBWZOdAs0gI/AAAAAAAAL-k/gzO-tfBw8zo/s1600/2014-09-14%2B21.30.44.png
http://1.bp.blogspot.com/-fztqBtkGYjQ/VBWZOdAs0gI/AAAAAAAAL-k/gzO-tfBw8zo/s72-c/2014-09-14%2B21.30.44.png
Saya Anak Teluk Paku
http://www.telukpaku.net/2014/09/pas-terengganu-haramkan-pasma.html
http://www.telukpaku.net/
http://www.telukpaku.net/
http://www.telukpaku.net/2014/09/pas-terengganu-haramkan-pasma.html
true
7970942025005080881
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy