RAZIF Serah Kepada Polis Membuat SIASATAN Isu Fitnah ADUN Bukit Payong

razif1
“Cukuplah menggunakan isu murahan untuk memperlekehkan saya,” kata Dato’ Ahmad Razif Abd Rahman.
Menteri Besar mengulas tindakan ADUN Bukit Payong, Mohd Noor Hamzah yang menjaja pembohongan terhadap beliau mengenai isu pembelian asrama pelajar tajaan Yayasan Terengganu di Mansurah, Mesir pada tahun 2010.
Ahmad Razif juga bersedia ‘memaafkan’ keceluparan Ketua Penerangan PAS Terengganu itu dan berharap kerja-kerja menabur fitnah itu dihentikan demi kebaikan bersama.
“Setakat ini tiada tindakan saman. Tapi, saya serahkan kepada polis untuk tindakan seterusnya. Saya hanya mahu memastikan tiada lagi isu sebegini yang hanya akan memburukkan keadaan.
“Saya memaafkan dan berharap perkara itu tidak diteruskan. Kalau teruskan saya tidak teragak-agak untuk ambil tindakan undang-undang,” katanya selepas Mesyuarat Mingguan Exco di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu hari ini.
Beliau mengajak semua pihak termasuk pemimpin pembangkang memberi tumpuan kepada usaha membantu rakyat serta menolak politik murahan kerana ia membuang banyak masa.
“Mari bersama dengan saya untuk kita melaksanakan aspek integriti dan kebersihan berteraskan konsep Transformasi Terengganu Baharu di Terengganu, bukan dengan menghentam saya. Paling bagus jika tidak berpuas hati, datang berjumpa saya untuk kita membuat penjelasan .
“Tidak perlu (memfitnah) di pentas-pentas ceramah, menerusi  SMS yang tidak tahu (status) penghantarnya serta facebook. Jadi saya nasihatkan kepada mereka yang cuba mempertikaikan integriti saya menghentikan tindakan ini, sebaliknya bersama-saya membangunkan Terengganu,”
Dalam pada itu kata Ahmad Razif, tindakan beliau membuat laporan polis semalam sebagai  langkah terbaik bagi memastikan tiada pihak tertentu yang cuba mengambil kesempatan.
Semalam, Ahmad Razif telah membuat laporan polis berhubung dakwaan yang disebarkan pihak pembangkang menerusi media sosial  yang sedang diperkatakan kini, mengenai pembelian bangunan itu.
Laporan polis yang dibuat oleh Setiausaha Khas Menteri Besar, Ahmad Nidzam Abd Karim di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu. teganukita.my

COMMENTS

Name

Info Teluk Paku,22,Jenayah,2,Nasional,5,Pendidikan & Agama,3,politik,5,Rencana,3,Semasa,8,Sukan,5,Terkini,9,
ltr
item
Saya Anak Teluk Paku: RAZIF Serah Kepada Polis Membuat SIASATAN Isu Fitnah ADUN Bukit Payong
RAZIF Serah Kepada Polis Membuat SIASATAN Isu Fitnah ADUN Bukit Payong
http://teganukita.my/tkv1/wp-content/uploads/2014/09/razif1.jpg
Saya Anak Teluk Paku
http://www.telukpaku.net/2014/09/razif-serah-kepada-polis-membuat.html
http://www.telukpaku.net/
http://www.telukpaku.net/
http://www.telukpaku.net/2014/09/razif-serah-kepada-polis-membuat.html
true
7970942025005080881
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy