Hanelang ‘A’ Dan GASTEB ‘B’ Harumkan Nama Terengganu

Hanelang A Juara Sulung STL
Hanelang ‘A’ dan GASTEP ‘B’ wakil kelab Terengganu telah mengharumkan nama negeri itu dengan membuktikan kehebatan mereka selepas muncul juara edisi sulung dan tempat ke 3 Kejohanan Sepak Takraw League (STL) yang melabuhkan tirai di Stadium Tertutup Titiwangsa malam tadi.

Pada aksi final, Hanelang A yang dibarisi bekas pemain kebangsaan, Zulkifli Abdul Razak, Safarudin Abu Bakar dan Fadzli Roslan mudah mengalahkan trio pasukan PDRM D iaitu Normanizam Ahmad, Masran Rahman dan Azli Jamil; 21-13 dan 21-17.

Selaku juara, mereka membawa pulang wang tunai RM20,000 manakala PDRM D meraih RM15,000 selaku naib juara.
 
Perejam Muda GASTEP B, Hafiz Izudin Wahab(21Tahun)
Satu lagi wakil kelab dari Terengganu, Gabungan Sepak Takraw Teluk Paku (Gastep) B pula terpaksa berhempas pulas sebelum mengatasi ATM A dengan keputusan 21-19, 16-21 dan 21-13 dalam perlawanan penentuan ketiga dan keempat.

Gastep B dibarisi tiga pemain yang merupakan bekas pemain kebangsaan iaitu Rosmadi Abdul Ghani, Subbha Latip, dan Zulhafizuddin Haji Roslan serta pemain kebangsaan ketika ini apit kiri Muqlis Borhan diikuti dengan pemain muda dari Terengganu perejam utama Hafiz Izudin Wahab.

Selaku pemenang tempat ketiga, Gastep B menggondol wang tunai berjumlah RM10,000 manakala ATM A membawa pulang RM5,000.


Normanizam yang merupakan bekas pemain kebangsaan dipilih sebagai tekong terbaik dan Sazali Saat daripada pasukan ATM A menggondol anugerah perejam terbaik manakala kapten skuad Hanelang A, Safaruddin Abu Bakar meraih gelaran pengumpan terbaik.

Kesemua mereka meraih wang tunai RM3,000 setiap seorang yang disampaikan oleh Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin.

Turut hadir Presiden Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM), Datuk Ahmad Ismail dan Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara, Ahmad Shapawi Ismail.

Sebanyak 128 regu yang terdiri daripada 640 pemain sepak takraw menyertai kejohanan berkenaan yang dianjurkan bersama oleh PSM dan anak syarikat Astro, Asia Sports Ventures (ASV) yang berperanan untuk mengurus, membangun dan mempromosikan sukan sepak takraw di peringkat global.









COMMENTS

BLOGGER: 1
Loading...
Name

Info Teluk Paku,23,Jenayah,2,Nasional,5,Pendidikan & Agama,3,politik,5,Rencana,3,Semasa,8,Sukan,5,Terkini,9,
ltr
item
Saya Anak Teluk Paku: Hanelang ‘A’ Dan GASTEB ‘B’ Harumkan Nama Terengganu
Hanelang ‘A’ Dan GASTEB ‘B’ Harumkan Nama Terengganu
https://2.bp.blogspot.com/-SBSj7DfFGGI/VLxwVjHDOCI/AAAAAAAABJ0/mBESgJb1OI0/s1600/1.jpg
https://2.bp.blogspot.com/-SBSj7DfFGGI/VLxwVjHDOCI/AAAAAAAABJ0/mBESgJb1OI0/s72-c/1.jpg
Saya Anak Teluk Paku
http://www.telukpaku.net/2015/01/hanelang-dan-gasteb-b-harumkan-nama.html
http://www.telukpaku.net/
http://www.telukpaku.net/
http://www.telukpaku.net/2015/01/hanelang-dan-gasteb-b-harumkan-nama.html
true
7970942025005080881
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy