1000 Penduduk Hidu Bau Busuk Air Bertakung - Terengganu Times

Keluh resah hampir 1000 orang penduduk Kampung Teluk Paku yang menghidu bau busuk air yang bertakung sejak 8 hari lalu yang mana disebabkan air hujan tidak dapat mengalir ketempat yang sepatutnya.
Keadaan bertambah buruk apabila kedua-dua arah jalan masuk dan keluar kampung turut ditengelami air sejak minggu lalu dan menyukarkan penduduk untuk melakukan kerja harian.
Tuan Azman Shah Tuan Alias. Timbalan Pengerusi J3K Teluk Paku.
Tuan Azman Shah Tuan Alias. Timbalan Pengerusi J3K Teluk Paku.
Menurut Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung(J3K) Teluk Paku Tuan Azman Shah Tuan Alias, punca berlakunya takungan air tersebut kerana penambakkan tanah yang tiada perancangan serta tidak menyediakan saluran air yang ada sebelum ini.
Katanya, masalah ini sudah hampir 2 tahun lebih berlaku, tapi tahun ini keadaannya agak menyukarkan kerana air itu tidak dapat langsung mengalir terus ke sungai.
“Air hujan terus bertakung dan ianya akan bertambah naik lagi jika hujan turun tidak berhenti dan juga ianya dapat dilihat sejak malam kemaren (semalam) hujan yang lebat mengakibatkan air terus meningkat naik,
“Kita jawatankuasa kampung bimbang dengan penyakit-penyakit yang bakal menular dikampung ini dan juga keselamatan anak-anak kecil kampung jika bermain dengan air tersebut,
“Pelbagai usaha telah dilakukan dan kami mahu pihak berwajib mengambil berat akan kesihatan dan keselamatan penduduk kampung kami disini,” ujurnya.
Sehubungan dengan itu, J3K turut menerima aduan dari masyarakat sekitar berkaitan air yang tidak dapat mengalir itu yang mana amat menyukarkan kehidupan harian mereka kerana sesetengah rumah turut ditengelami air.
Selain itu, tinjauan Terengganu Times juga melihat jalan-jalan kampung sekitarnya turut sama terjejas dengan takungan air tersebut dan saluran air yang dikatakan sebelum ini telah ditimbus oleh pemilik tanah yang mana sudah hampir 25 tahun saluran itu dapat menyalurkan air ketika musim padi dan tengkujuh sebelum ini.
Kerana itulah hampir 1000 penduduk menerima kesannya sekarang ini kerana saluran air sudah tiada dan dikatakan pada tahu lalu telah ada perbincangan dengan tuan tanah berkenaan tetapi menemui jalan buntu kerana tiadanya tolak ansur dalam menyelasaikan masalah orang ramai.

COMMENTS

BLOGGER: 1
Loading...
Name

Info Teluk Paku,23,Jenayah,2,Nasional,5,Pendidikan & Agama,3,politik,5,Rencana,3,Semasa,8,Sukan,5,Terkini,9,
ltr
item
Saya Anak Teluk Paku: 1000 Penduduk Hidu Bau Busuk Air Bertakung - Terengganu Times
1000 Penduduk Hidu Bau Busuk Air Bertakung - Terengganu Times
https://terengganutimes.com/wp-content/uploads/2016/12/daman-500x281.jpg
Saya Anak Teluk Paku
http://www.telukpaku.net/2016/12/1000-penduduk-hidu-bau-busuk-air.html
http://www.telukpaku.net/
http://www.telukpaku.net/
http://www.telukpaku.net/2016/12/1000-penduduk-hidu-bau-busuk-air.html
true
7970942025005080881
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy