Masalah KUBA Hantui Penduduk Kampung

KUALA TERENGGANU – Akibat berang landskap kampung sering dimusnahkan sekumpulan kerbau, satu laporan polis dibuat di Balai Polis Chabang tiga, di sini kelmarin.

Pengerusi JKKK Teluk Paku, Ayob Mamat berkata, laporan polis dibuat selepas pelbagai perbincangan bersama penternak haiwan ternakan itu tidak berhasil.

Ayob berkata, masalah itu menguji kesabarannya hampir lima tahun lalu sehingga dia terpaksa menanggung kerugian hampir RM10,000 akibat landskap kampung berkenaan rosak dan dipijak hampir 100 ekor kerbau.

"Masalah itu menjadi lebih besar apabila terdapat beberapa kes kemalangan membabitkan penduduk kampung dengan kerbau berkenaan yang berkeliaran terutama pada sebelah siang.

“Kerbau ni bukan sekor dua tetapi mencecah hampir 100 ekor, dipercayai milik penduduk kampung berdekatan.

“Banyak kali saya bincang dengan penternak, tapi nampaknya tiada penyelesaian, sebab itu saya terpaksa membuat laporan polis agar masalah ini dalam makluman pihak berkuasa,” katanya kepada Sinar Harian.

Ayob memaklumkan, bukan sahaja landskap kampung rosak, malah bahu jalan juga turut rosak kerana sering menjadi laluan haiwan ternakan itu ke kawasan bendang terbiar.

Menurutnya, penduduk kampung menyalahkan dia kerana tidak mengatasi masalah berkenaan sedangkan pelbagai usaha dilakukannya termasuk membuat laporan kepada pihak berkuasa tempatan, tetapi masih tiada tindakan diambil.

“Saya sangat berharap mana-mana pihak dapat mengambil langkah menyelesaikan masalah ini kerana insiden ini bukan baru berlaku tetapi sudah masuk lima tahun,” jelasnya.

Tambahnya, setiap kali mesyuarat JKKK diadakan, masalah itu menjadi perbincangan saban tahun tetapi kerjasama penternak perlu bagi mengatasinya.

“Bukan nak minta ganti rugi pun, cuma mahu masalah ini dapat selesai supaya tidak lagi berlaku.


"Nak bela kerbau sekalipun jangan pula biar berkeliaran macam ni kerana menyusahkan orang ramai,” katanya lagi.

COMMENTS

BLOGGER: 1
Loading...
Name

Info Teluk Paku,24,Jenayah,2,Nasional,5,Pendidikan & Agama,3,politik,5,Rencana,3,Semasa,8,Sukan,5,Terkini,9,
ltr
item
Saya Anak Teluk Paku: Masalah KUBA Hantui Penduduk Kampung
Masalah KUBA Hantui Penduduk Kampung
https://4.bp.blogspot.com/-ow3awZeV2HQ/WFtr9WgLLCI/AAAAAAAABMs/wBG6UJzcuQQEuqKOTJZWJEdSnTuqE77pgCLcB/s640/image.jpg
https://4.bp.blogspot.com/-ow3awZeV2HQ/WFtr9WgLLCI/AAAAAAAABMs/wBG6UJzcuQQEuqKOTJZWJEdSnTuqE77pgCLcB/s72-c/image.jpg
Saya Anak Teluk Paku
http://www.telukpaku.net/2016/12/masalah-kuba-hantui-penduduk-kampung.html
http://www.telukpaku.net/
http://www.telukpaku.net/
http://www.telukpaku.net/2016/12/masalah-kuba-hantui-penduduk-kampung.html
true
7970942025005080881
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy