Lelaki Poligami Kerana Zakar, Bukan Sebab Zikir

Satu status menjadi viral di laman Facebook apabila seorang pengguna Facebook memuat naik status yang mempertikaikan tujuan sebenar lelaki berpoligami.

Wanita terbabit yang menggunakan nama Asiah Abd Jalil, mendakwa lelaki hanya berpoligami hanya disebabkan nafsu semata-mata dan bukannya kerana takutkan Allah.

“Lelaki yang berpoligami ni rata-ratanya sebab zakar (nafsu), bukan sebab zikir (takutkan Allah) pun. Sebab tu mereka pilih isteri kedua lebih teliti berbanding masa pilih isteri pertama dulu,” katanya dalam komen di Facebook.

Komen tersebut dimuat naik setelah status beliau mengenai poligami perlu dihapuskan kerana sudah tidak relevan dengan budaya masyarakat sekarang.

“Amalan poligami patut dihapuskan, walaupun dibenarkan dalam Al-Qur’an, kerana ia sudah tidak sesuai dengan konstruk sosial masyarakat zaman sekarang.

“Sama seperti sistem perhambaan yang telah dihapuskan, walaupun dibenarkan dalam Al-Qur’an, kerana ia sudah tidak sesuai dengan konstruk sosial masyarakat zaman sekarang,” ujarnya.

Beliau juga turut memberi cadangan bahawa poligami perlu diharamkan melalui komen yang dibalas di status berkenaan.

” Haramkan saja poligami. Islam tidak gah pun kerana poligami. Malahan agama lain memandang rendah pada kita kerana amalan tersebut,” katanya.

Dalam pada itu, status berkenaan menarik perhatian netizen dan rata-rata daripada mereka tidak berpuas hati dengan status berkenaan.

“Konstruk yg bagaimana? Hamba jelas sebab ia menakluk kemerdekaan manusia. Hamba dihapus oleh Quran dan Hadis. Lalu poligami nak dihapus atas nas mana?” kata Nabieh Rahmat.
“Inilah kalau orang bercakap xpakai akal dengan baik dan pikir ikut logik akal diri sendiri, inilah padahnya,” ujar Muhamad Husaini Husin.-SuaraTV

COMMENTS

BLOGGER: 2
Loading...
Name

Info Teluk Paku,22,Jenayah,2,Nasional,5,Pendidikan & Agama,3,politik,5,Rencana,3,Semasa,8,Sukan,5,Terkini,9,
ltr
item
Saya Anak Teluk Paku: Lelaki Poligami Kerana Zakar, Bukan Sebab Zikir
Lelaki Poligami Kerana Zakar, Bukan Sebab Zikir
http://www.suara.tv/wp-content/uploads/2017/01/poligami.jpg
Saya Anak Teluk Paku
http://www.telukpaku.net/2017/01/lelaki-poligami-kerana-zakar-bukan.html
http://www.telukpaku.net/
http://www.telukpaku.net/
http://www.telukpaku.net/2017/01/lelaki-poligami-kerana-zakar-bukan.html
true
7970942025005080881
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy