GASTEP 'B' Juara Kejohanan Sepak Takraw Utusan 2017

KUALA LUMPUR - Gabungan Sepak Takraw Teluk Paku (GASTEP) dari Terengganu muncul sebagai juara bagi edisi kelapan Kejohanan Sepak Takraw Utusan 2017 selepas mengalahkan Putera Darat F dalam perlawanan akhir di Quill City Mall di sini, petang tadi.

Gastep B yang dibarisi tekong, Zulkifli Abdul Razak, Mohd Lokman Hakim Yusof (apit kiri) dan Mohd Ridzuan Che Rashid (apit kanan) telah berhempas pulas sehingga ke set penentuan sebelum menang dengan kiraan 21-11, 18-21 dan 21-4.

Dengan kemenangan itu, Gastep B membawa pulang wang tunai RM15,000 berserta trofi yang disampaikan oleh Menteri Komunikasi Dan Multimedia, Dato’ Seri Panglima Dr. Salleh Said Keruak.

Turut hadir memberi sokongan Penolong Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu (Belia, Sukan dan Sumber Manusia), Mohd Rahimi Ramlee; Pengerusi 4B (M) Negeri Terengganu Mohd Rosdi Mat Zin dan Pengerusi Majlis Belia Kuala Terengganu, Anas Azizul Mohamad.

Kejohanan Sepak Takraw Utusan 2017 berjaya mengumpulkan sebanyak 334 regu dari seluruh negara sekaligus mencatat penyertaan terbanyak pernah direkodkan dalam pertandingan sepak takraw.

Lebih 1,500 pemain tempatan bakal berentap bagi mengejar ganjaran keseluruhan bernilai hampir RM65,000 dalam kejohanan ini.

Kejohanan peringkat kumpulan berlangsung di Kompleks Sukan Negeri, Paroi jumaat dan sabtu manakala peringkat akhir diadakan di Quill City Mall.
Juara Kejohanan Sepak Takraw Utusan 2017 Edisi Kelapan pasukan GASTEP B bergambar bersama Dato’ Seri Panglima Dr. Salleh Said Keruak Menteri Komunikasi Dan Multimedia Malaysia[/caption]
[caption id="attachment_44407" align="aligncenter" width="640"] Kiri berbaju hijau ketua jurulatih Gastep Azwan Nizam Ayob dan kanan berbaju kuning pengurus pasukan Tuan Azman Shah Tuan Alias[/caption]

COMMENTS

Name

Info Teluk Paku,23,Jenayah,2,Nasional,5,Pendidikan & Agama,3,politik,5,Rencana,3,Semasa,8,Sukan,5,Terkini,9,
ltr
item
Saya Anak Teluk Paku: GASTEP 'B' Juara Kejohanan Sepak Takraw Utusan 2017
GASTEP 'B' Juara Kejohanan Sepak Takraw Utusan 2017
http://terengganutimes.com/wp-content/uploads/2017/10/6a997df8-ffbf-413e-8c93-9f1d84be74e0.jpg
Saya Anak Teluk Paku
http://www.telukpaku.net/2017/10/gastep-b-juara-kejohanan-sepak-takraw.html
http://www.telukpaku.net/
http://www.telukpaku.net/
http://www.telukpaku.net/2017/10/gastep-b-juara-kejohanan-sepak-takraw.html
true
7970942025005080881
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy