Kuda Sobey Buat Lawan Kecut, GASTEP Juara Edisi Ke 8 STU2017

Sepakan Kuda Sobey menjadi igauan ngeri pihak lawan
 
KUALA LUMPUR 1 Okt. - Kehebatan servis ‘tekong Sobey’ berjaya membantu Gabungan Sepak Takraw Teluk Paku (Gastep) Terengganu menjuarai kategori Terbuka dalam Kejohanan Sepak Takraw Utusan 2017 yang menutup tirai di Quill City Mall, di sini hari ini sekali gus membawa pulang hadiah RM15,000.
PEMAIN Gastep B, Mohd. Ridzuan Che Rashid melakukan libasan yang cuba dihadang oleh pemain Putera Darat F, Mohd. Fadzil Baharudin dalam perlawanan akhir kategori Terbuka, Kejohanan Sepak Takraw Utusan 2017 di pusat beli-belah Quill City Mall, Kuala Lumpur semalam.
Dalam perlawanan akhir itu, walaupun Gastep diheret hingga set tambahan namun masih menepati ramalan apabila mencatat kemenangan 21-11, 18-21, 21-4 ke atas regu yang diisi oleh anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Putera Darat yang dianggap giant killer dalam kejohanan kali ini tetapi akhirnya membawa pulang RM5,000 selaku naib juara.

 
Rasa gerun pemain-pemain Pu­tera Darat kepada bekas tekong kebangsaan Sobey atau nama sebenarnya Muhammad Zulkifli Abd. Razak itu diakui jurulatih Putera Darat, Nasrul Hakee Katteri yang menganggap sebagai faktor psikologi yang telah ‘membunuh’ semangat dan persefahaman pemain-pemainnya awal-awal lagi.

“Mereka terlalu memandang tinggi kehebatan tekong Gastep sehingga tidak mampu berfikir de­ngan tenang mengenai cara untuk mengatasi servisnya. Pemain saya tidak menemukan jawapan ketika berada dalam gelanggang.

“Saya memang tidak berpuas hati dengan permainan anak buah saya yang hilang fokus terutama dalam set penentuan walaupun pada awalnya berjaya mengheret perlawanan hingga tiga set,” kata Nasrul.
Pengurus Gastep, Tuan Azman Tuan Alias turut mengakui kekuatan pasukannya terletak kepada tekong mereka sehingga berjaya mengkucar-kacirkan pertahanan lawan.

“Tetapi saya puji Putera Darat kerana mereka satu-satunya regu yang berjaya mengheret pasukan saya hingga ke tiga set. Sebelum ini di pusingan awal, suku akhir dan separuh akhir, Gastep menang semua dengan permainan terus.

“Saya anggap ini adalah kejayaan bonus kerana sasaran kami hanya separuh akhir sahaja. Namun dengan layak ke final dan kemudian muncul juara, ini suatu pencapaian yang di luar jangkaan,” katanya.

Sobey diapit Mohd. Lokman Hakim Yusof di sebelah kiri dan Mohd. Ridzuan Che Rashid di kanan manakala Putera Darat dibarisi tekong Mohamad Adam Aiman Zainol, apit kiri Saiful Bajuri Mohd. Noor dan apit kanan Mohd. Fadzil Baharudin.

COMMENTS

Name

Info Teluk Paku,24,Jenayah,2,Nasional,5,Pendidikan & Agama,3,politik,5,Rencana,3,Semasa,8,Sukan,5,Terkini,9,
ltr
item
Saya Anak Teluk Paku: Kuda Sobey Buat Lawan Kecut, GASTEP Juara Edisi Ke 8 STU2017
Kuda Sobey Buat Lawan Kecut, GASTEP Juara Edisi Ke 8 STU2017
http://terengganutimes.com/wp-content/uploads/2017/10/20171002_122335-640x427.jpg
Saya Anak Teluk Paku
http://www.telukpaku.net/2017/10/kuda-sobey-buat-lawan-kecut-gastep.html
http://www.telukpaku.net/
http://www.telukpaku.net/
http://www.telukpaku.net/2017/10/kuda-sobey-buat-lawan-kecut-gastep.html
true
7970942025005080881
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy