98 bahagian Qurban dan Aqiqah berjaya dilaksanakan Warga Teluk Paku tahun ini


KUALA TERENGGANU : Komuniti Kampung Teluk Paku telah berjaya melaksanakan ibdah Qurban pada tahun ini yang mana dianjurkan oleh Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Teluk Paku dengan kerjasama MAPIM Negeri Terengganu dengan menumbangkan sebanyak 14 ekor lembu dan 13 darinya ditumbangkan pada hari raya pertama 22 Ogos 2018 (rabu) dan selebihnya pada hari ni.

Qurban perdana tahun kali ini yang terbanyak dilakukan kerana semua yang masuk Qurban dan Aqiqah telah membuat persiapa awal dengan menyimpan (Kutu Qurban) dan rata-ratanya yang terlibat dari anak-anak muda di kampung ini.

Semalam juga kelihatan semangat gotong-royang yang menebal daripada komuniti kampung ini tanpa melibatkan sentimen politik, taraf dan semuanya bergaul seperti sediakala selain dapat mengeratkan silaturahim diantara masyarakat.

Menurut ketua program Tuan Azman  Shah Tuan Alias, tahun sebelumnya hanya lebih kurang tujuh atau lapan ekor lembu sahaja di qurbankan dan tahun ini telah meningkat kepada 14 ekor keseluruhannya.

Katanya, sebahagian lembu qurban ini pada peringkat awalnya dianggarkan sebanyak RM650 sahaja memangkan pembekal lembu tidak dapat memenuhi pemintaan denga harga tersebut dan pihak pengurusan serta ahli qurban bersetuju dengan sedikit tambahan sebanyak RM 30 dan menjadikan keseluruhanan RM 680 satu bahgian.

“Alhamdulillah... purata keseluruhan daging qurban atau aqiqah sebanyak 16 kilogram setiap bahagian tidak termasuk tulang dan semuanya berjalan lancar sepertimana yang telah dirancangkan serta selesai semua sekali menjelang waktu zohor (semalam).

“Kita dipihak pengurusan Qurban Perdana Kampung Teluk Paku telah membuat “Kutu Qurban” bermula bulan oktober tahun lalu (2017) lagi agar tidak membeban para ahli menyimpan duit untuk tujuan itu.

“Saya sebagai pemegang amanah, mengucapkan terima kasih kepada semua kerana telah memberi kepercayaan kepada saya untuk melaksanakan Qurban pada kali ini”,katanya.

Sementara itu, juru sembelih qurban Haji Ayob Mamat juga  Pengerusi KRT Teluk Paku berkata, penglibatan ahli qurban dan warga masyarakat kampung Teluk Paku semalam sangat membanggakan.

Katanya, setiap lembu yang hendak diqurbankan hanya memerlukan 10 minit sahaja untuk diselesai dari angkat jual beli, niat dan juga sembelihan.

“Semuanya berjalan lancar dan sangat berpuas hati dengan kerjasama yang sangat baik dari semua yang terlibat”, katanya.

Sehubungan dengan itu Haji Ayob Mamat yang juga EXCO Mimbar Permuafakatan Ibu Bapa Malaysia (MAPIM) berkata, qurban inilah peristiwa besar yang melambangkan sejarah agama tauhid, pengorbanan yang ikhlas kerana Allah SWT dan usaha terus menerus untuk mendekatkan diri kepada-NYA. 


Katanya lagi, hari ini juga kita bertakbir, tasbih dan tahmik, berselawat Ke Atas Rasulullah SAW serta berdoa kita dan seluruh umat Islam sentiasa dilindungi serta dirahmati oleh – NYA.

Marilah kita sama-sama hayati intipati khutbah yang disampaikan oleh mimbar semalam di seluruh negeri Terengganu.

Hari Raya Adiladha diasaskan oleh Nabi Ibrahim dan diikuti oleh Nabi-nabi lain yang digelar Ulu Azmi.

Ibadah Haji adalah rukun Islam yang ke-5. Ibadah yang meletakkan Allah sebagai tanda tauhid dan kesetiaan manusia kepada pencipta-Nya.

Nabi Allah Ibrahim a.s terpilih menerima ujian dan berjaya mencapai kesemua ujian yang diberikan.

Perintah utama diberikan kepada Nabi Allah Ibrahim a.s adalah mentauhidkan Allah Ta'ala dengan lidah dan seterusnya menyampaikan kepada seluruh rakyat termasuk Raja Zamrud. Baginda dihukum dengan dibakar dalam api yang marak menyala. Allah Ta'ala telah menunjukkan mukjizat ke atas Nabi Allah Ibrahim a.s dengan memerintahkan api supaya menjadi dingin dan menyelesakan Nabi Allah Ibrahim a.s di dalam bakarannya.

Ujian kedua baginda sewaktu diperintahkan berhijrah ke Palestin, negeri pilihan Allah Ta'ala.

Seterusnya apabila Allah Ta'ala perintahkan Nabi Allah Ibrahim a.s yang ketika dikurniakan Nabi Allah Ismail a.s hasil perkahwinan dengan Siti Hajar, membuka kota di situ dengan membina Kaa'bah tanpa sebarang sumber makanan dan minuman. Sekali lagi mukjizat Allah Ta'ala menurunkan bumi Makkah penuh dengan barokah sehingga ke hari kiamat.

Daripada ibrah tersebut, Allah Ta'ala menyeru kepada manusia melalui Nabi Allah Ibrahim a.s datang mengerjakan haji dan berhimpun di Makkah.

Bumi Makkah yang penuh gersang dan kontang, dipenuhi dengan pelbagai rezeki dan dikurniakan air zam-zam.

Sewaktu Nabi Ismail meningkat dewasa, Allah Ta'ala mendatangkan ujian seterusnya melalui mimpi agar Nabi Allah Ibrahim a.s menyembelih anak lelaki kesayangannya, Nabi Allah Ismail a.s.

Tetapi disaat melakukan pengorbanan itu, Allah Ta'ala telah berfirman bahwa segala ujian yang diberikan telah sempurna dilakukan.

Hari ini seluruh umat Islam dari pelosok dunia datang mengunjungi kota suci Makkah bagi menjalani ibadah rukun Islam ke 5, mengambil kefardhuan dari kisah ibrah Nabi Allah Ibrahim a.s.

Ibrah kisah itu, hendaklah memperakukan bahawa segala ibadat, nikmat dan kuasa hanya milik Allah Ta'ala. Wajib ke atas manusia mematuhi-Nya.

Di samping menjadikan Nabi Allah Ibrahim a.s sebagai ikutan yang sebenar di dalam mentaati perintah Allah Ta'ala.

Dalam masa melakukan ibadah korban, kita juga dituntut mempereratkan tali silaturahim sesama kita.

Semoga beroleh ibrah dalam perkisahan Nabi Allah Ibrahim a.s. Amen.



COMMENTS

Name

Info Teluk Paku,24,Jenayah,2,Nasional,5,Pendidikan & Agama,3,politik,5,Rencana,3,Semasa,8,Sukan,5,Terkini,9,
ltr
item
Saya Anak Teluk Paku: 98 bahagian Qurban dan Aqiqah berjaya dilaksanakan Warga Teluk Paku tahun ini
98 bahagian Qurban dan Aqiqah berjaya dilaksanakan Warga Teluk Paku tahun ini
https://3.bp.blogspot.com/-VG9UWM8vKoE/W34zItdSyGI/AAAAAAAADTw/5TOzghqLOXQDdEU71YvlS01i3YOoRsGlQCLcBGAs/s400/Q1.jpg
https://3.bp.blogspot.com/-VG9UWM8vKoE/W34zItdSyGI/AAAAAAAADTw/5TOzghqLOXQDdEU71YvlS01i3YOoRsGlQCLcBGAs/s72-c/Q1.jpg
Saya Anak Teluk Paku
http://www.telukpaku.net/2018/08/98-bahagian-qurban-dan-aqiqah-berjaya.html
http://www.telukpaku.net/
http://www.telukpaku.net/
http://www.telukpaku.net/2018/08/98-bahagian-qurban-dan-aqiqah-berjaya.html
true
7970942025005080881
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy